|littleQAISARA|

Showing posts with label BreastFeeding. Show all posts
Showing posts with label BreastFeeding. Show all posts

Wednesday, December 30, 2009

Ceritera Susu

Aku rase nak cerita pasal susu. Susu aku hahaha.. 


Aku rase ramai ibu² yang berjaya breasfeeding smpi 2 tahun mengamalkan simpanan stok susu yang banyak untuk bayi mereka. Tp aku lain plak.. bak kata pepatah kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang.. Aku perah hari ni tuk esok. perah esok tuk lusa. dan seterusnya..


Aku tak simpan stok susu langsung. Frozen atau Fresh.


Sebab?!!!
.


.


.


Hm sbb susu aku mmg cukup2 je utk bekal sara. 12oz per day.


So aku just stanbykan 4 botol x 3oz kadang 3 jek berjumlah = 12oz.


Malam bantai direct je la.. huhu.. stail anak aku minum kejap2 tp nak byk kali.. patah pinggang mak nak oii!! dan terbaru bile time nenen tangan lagi satu amatlah suka menjalar+memicit+mencubit mana2 area yang dirasakan sesuai... adoii laaaa!!!


tu blom sesi tarik menarik lagi..*lu pk la sendiri* hehehe...




- TIADA GAMBAR YANG DIRASAKAN SESUAI UNTUK ENTRY INI. HARAP MAKLUM -




Wednesday, September 2, 2009

Al-kisah bulan Puasa..

Pejam celik pejam celik dah 12 hari umat Islam berpuasa. Almost 2 weeks da..*pweeeuhhh* cepatnya masa berlalu. So 2 mggu lagi la ek nk raye.. ape raye?? Owhh baju raye haku tak cari lagi.. Tp cuti ari tu sempat la aku rembat spasang bju sara. Kaler pink lagik! Muahahaha.. Tema thn ni pepel.. Harus cari bju pepel nati. Takpe2 sabar... Next week baru ble shopping sakan. Ohh lupakan pasal hal membeli-belah...

Kisah berpuasa.. thn ni posa bertiga. Chop chopp! sara tak puasa hokey. hehe.. Time memcabar skali ialah waktu nk masak & waktu berbuka. Ni kalu time papa sara duty. Anakku ni cepat bosan kalu main sendiri. Nak ade orang melayan dia. Kalu merengek sikit2 aku bole buat tak dgr lagi.. pastu makin kerap plak dia jerit2 sambil menyembamkan muke ke tilam.. dan aku terpaksa la tinggalkan kejap periuk belanga. Penah aku cube masak sambil dukung dia. Akibatnyer..............

aku tersiku botol sos dan jatuh berderai..

@dushhhhh.........


So far kalu papa sara ade, ok la sikit. Aku masak dgn lancar. Aku kalu bole nak masak je hari2. tak berkenan btol beli kat bazar ramadhan. kadang rasa pon ntah pape. Beli kueh TAWAR plak tu. yelah kes takde gule kan skrg.. Hamp@gasss btol!!

Ok nak citer pasal BF plak.

Ni hasil smlm utk 2 kali sesi = 9.5oz


Alhamdulillah setakat ni cukup lagi susu bekalan sara. Walaupon stok frozen tak topup2 lg. tp still bole bagi fresh hari2. Hm aku gundah gulana sebab sara minum sikit sgt just 2 botol (3oz X 2=6oz). Aku selalu bagi 3oz X 4botol tp selalu luak 2 botol je. Makanye sara cam susut sikit. Pengasuh kata sbb dia nk ringankan bdn. dia dh start angkat2 montot. ermm mungkin kot..

terkini: sesi pump pagi ni aku dpt 7oz *kembang idung*

Walaupon dgn pump yang uzur :)

.


.


Aventku dh semakin nazak. star valve dh terkoyak teruk. Dlm 15 minit sesi pump bole dikatakan lbh 10 kali valve ni melompat2. Haihh *lap peluh*.. Setiap kali melompat kne betulkan blk. terpaksa la aku jolok tgn aku dlm tu betulkan blk. Potong mood btol petah lagi time susu tgh mencurah kuar.. tp bole gak dpt 7oz pagi ni. syukur Alhamdulillah..

ku sdg menantikan S3.. patut hari ni sampai. Owhhh.. *air liur meleleh* Opss batal posaaaa oiii......

Thnks to kak Haza. Sila lihat di http://www.srisuri.com/store/. dgn skim kutunya dapatlah aku merasa guna S3 ni. kalu nk bayo cash mmg la tak mampu.


Everything I do, I do it for u mydarling..





P/s: x sah xde gambo budak kenit ni.

Wednesday, August 12, 2009

Anak Ibu dah Botak!


comel tak kita botak?

My darling Qaisara dh almost 4 months this week. Dah besar ek, ku rskan kejap je masa berlalu. Lagi besar lagi memacam ragam anak yek. sekarang sara dh mula kegiatan isap mengisap. sume benda nk masuk mulut. tangan. baju. bahu papa dia. tangan ibu..

Lagi satu kegiatan dia suke benor mencakar muke. Esspecially time mamai nk tido. start la tangan dia menjalar duk garu muka, dahi, tarik rambut. Penah smpi berdarah ubun2 dia. Ishkk! Tu la sbb nya ibu botakkan sara semula. Lagipon skrg ni musim panas dgn rambut sara yg ala² pokok kelapa tu.. ishkk rimas ku tengok. Ni da botak haa kemas sket anak ibu. hehe..

Nak citer pasal BS sara sbnrnya (lari tajuk). Sejak² ni sesi amik sara dr BS paling lemah aku nak lalui. Sebabnya BS sara ni agak cerewet la. Org kata bgus la sbb dia jaga anak elok kalu cerewet. tp tu la ada benda aku suke tp ada benda gak aku tak nk suka n xnk ikut. Setiap kali amik sara MESTI kene sepatah 2 kata dr dia. Berjiran plak tu. patutnya aku yang komen dia jaga sara. Ni dia yang komen aku. IShkk ishkk..

Mula² dulu psal puting susu sara. Bln lps sara tak nak sgt menyusu EBM. Aku belikan sara puting orthodontic NUK sbb nak samakan flow dgn BM tp dia sesuka tuka puting Fiffy saiz L. katanya lagi byk sara minum. Iyelahh makcik, dh lubang besOr. mana tak laju susu tu masuk mulut dia. tp lps 3-4 hari aku tuka balik dgn NUK. Lantak la..

Skrg ni dia duk bising kat aku sara kuat meragam. Kurang minum EBM. so solutionnya dia suh aku bagi sara MAKAN! Ishkk lagi la.. umo dia baru 3 bln lebih da nk sumbat solid food. Aku plan lepas 6bulan baru bagi dia makan. bkn ape.. takut perut dia tak matang lagi. Minum susu pon kerap muntah apatah lagi nk digest solid food. Tp tak tahu nak explain cmner. Makcik ni persis mak aku. Tiap kali tepon mesti tnya " Noi.. ko bagi la sara makan nestum!" "erk!" tut..tut..tut... (eh eh.. xde la hehe..)

Arghhhhh!! nape la org keliling aku ni susah btol nak support EXSKLUSIF BF smpi 6 BULAN?!

Sukar sbnarnye nak teruskan penyusuan kalu tak de support kan kan.. en somi pon kurang bagi support. padahal kita ni meringankan kos beli susu. Ermm nmpaknya sendiri kene Kuat dan sentiasa Bertabah hati. Ku byk cari kekuatan di blog² ibu yang menulis experience BF journey derang. Dari situ aku kutip and develop moral support sikit-sikit lama2 jd bukit sebukor utk teruskan penyusuan ibu khas for my darling.

Layan gamba yok!




p/s: Sejak isnin lps EBM aku merundum dum dum.. selalu bwk balik riang gumbira 17-18oz min sehari. Sejak 3 ari ni aku just bwk blk dlm 15-14oz je. dah kurang 3-4oz. hati gundah gulana walaupon still cukup tuk bekal sara esok. Harus cari solution. haihh haihh!

Ya Allah murahkan la rezeki anakku. Amin!

Monday, July 27, 2009

Stock EBMku Rosak!

Last week aku plan nk cuci frige sbb dh tebal noo ais kat dinding2 tu. So aku pindahkan sume EBM aku ke ice box. then ice box tu aku penuhkan dgn ais cube yang ditaburi garam. Berkesan! EBMku bertahan hingga selesai proses pembersihan.

Esoknya aku pergi kerja cam biasa. Hati dh mcm xsedap semacam. Nape ek?!

Baru aku teringat...


Ahhh..


Alaaaa.............


Aku lupe ltk blk EBM dalam frezer!!! Adehhhh!!

Ptg tu aku bergegas tgk dalam ice box.




Ni lah yang terjadi. susu habis cair. stock EBMku jatuh 0!!

5oz X 8 botol = 40oz!!!

Ruginyer.. hmm xde rezeki sara. Penat lelah aku pump sume habis sekelip mata. Pengajaran tuk aku. JANGAN LUPA MASUK EBM BALIK DALAM FREZER LPS CUCI FRIDGE! takpe la.. aku try buat stock blk sikit2. Oleh sbb sara kurang minum EBM dlm botol skrg, so bole la hasil perahan aku buat stock beku.


ni stock beku yang ade buat ms ni.

Tgh berkira2 memujuk en somi beli peti ais 2 pintu huehuehue...
Agak terhad stock yang aku ble buat sbb peti ais 1 pintu ni. Lgpon stock beku bole simpan 2 mggu je. Aku takut kes susu merudum jadi kat aku satu hari nati. who knows... so kene la ada back-up. tp kalu bole jauhkan la. Amin!



Monday, July 13, 2009

Alahai pump Aventku


Sunday morning yang kelam kabut. macam ni la pon hari²...
malam td badan sara agak panas, macam nak demam mungkin sbb BCG dia membengkak dan menanah. kesian aku tgk. Aku dan papa sara bagi ubat demam sblm melarat. start la dia menangis beria². sayu hati bile tgk anak menangis dan kita tak boleh nak buat ape.. ku pujuk² dan bagi dia susu sampai la dia tertido.. dan aku pon tertido sama hehe..

Awal pagi td macam biasa, aku akan packing pump dan botol susu sblum aku mandi.

Aku pasang pump pastu aku perasan sumthing missing.
Eh.. ehh.. mana plak peginyer ni?!

Aku cari dalam bekas botol!

Aku cari kat sinki!

Aku cari kat dalam cooler bag!

Aku cari dalam peti ais!

Aku cari dalam tong sampah!!

mana?!

mana?!


manaaaaaaaaaa?!

MANA STAR VALVE AKU?!!!


haihhh...............

hmm so aku pergi kerja pagi td bwk cooler bag tanpa 'Aventku' hurmmm..
nmpknya kene affort lebih sket la perah pakai tangan.. aaaoooowwww.. saket!

tp alhamdulillah dapat gak 7oz tuk first sesi pagi.
hari ni.. esok.. lusa...tulat......


Arghhhhhh!!!!!


kne perah pkai tangan la selagi xjumpe or tak beli star valve baru or pump baru.. haa PUMP baru?!
ohh Spectra 3 *air liur meleleh*


harga yang begitu menawan RM388+double pumping RM70.


Bile la nak merasa pakai S3 ni ek?!



Monday, June 29, 2009

Susu Oh Susu

Sara 2 bulan 10 hari today. Alhamdulillah rezeki dia murah, still Eksklusif BFeeding. Walaupn aku di kelilingi oleh orang² yang tak berapa support. Cth terdekat ialah mak aku sendiri. Masa dalam pantang lagi mak dah suruh aku campur susu tin kat Sara. Yelah masa lahir Sara 2.6kg je, tu yang lagi beria² mak suruh aku beli susu 'mahal'. Katanya nk bagi cepat besa anak aku ni. Tapi aku cakap elok² kat mak yang aku nak susukan dgn susu aku je. Jawapan mak:

" Ye.. susu bdn bagi jgak tp campur la dgn nestum+susu mahal bagi anak ko cepat besar.."

Realitinya pada aku mentality orang kita dah disetkan oleh penjual² susu lembu/tin yang susu 'mahal'=berkhasiat dr susu ibu yang free=tak cukup berkhasiat.

Ms dalam pantang pn da mcm² dugaan. Bile kata kerja dan nak eksklusif BF sume cam pelik. First skali derang akan tanya cukup ke susu badan ko nati? Perah? Ok ke susu yang diperah?Perah tak sama dgn hisap. Nati susu kurang. dan lain² mitos lagi.

Kebaikan Breastmilk :

~ Kolostrum merupakan ‘first food’ yang terbaik dan sempurna bagi baby. (tiada dlm mana² susu mahal)
~ Breastmilk berubah mengikut keperluan/umur baby.
~ Susu ibu berubah rasanya bergantung kepada apa yang ibunya makan.
~ Susu ibu juga akan berubah dengan cuaca/iklim. Kalu panas akan lebih byk air dan kalu sejuk akan lebih byk lemak.
~ Susu ibu mengandungi kolestrol yang tinggi penting utk membina tisu otak dan sistem saraf.
~ Mengandungi antibodi - baby akan kurang dapat penyakit.
~ Mengandungi 'hormon love'- menenangkn ibu² semasa menyusukan. (sbb tu mngantuk kalu menyusu sara haihh!)

Aku bersyukur sbb dibukakan mata dan hati utk mendapat ilmu BF ni. Mcm mana nk pump, nk pkai pump ape, nk simpan macam mana dan sumelah yang berkaitan BF. Mulanya sbb aku byk bacainfo di Ratuhati - Susu Ibu dan sumber² lain. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Bile dapat tau betapa byknya khasiat sebenar susu ibu, aku rase bersyukur sgt² dikurniakan susuyang banyak utk menyusukan sara.

Alhamdulillah Allah itu Maha Pemurah.

Aku rase kawan² yang tgh pregnant skrg ni kne la byk² cari info BF ni. Sbb betapa ruginya kalu anak kita tak disusukan dgn susu kita sendiri.



Bekalan susu utk Sara hari ni.