|littleQAISARA|

Wednesday, December 30, 2009

Bubur Anak Saya

Baby selepas 6 bulan wajar diberikan makanan pejal untuk menampung nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Susu saja tak cukup untuk tumbesaran bayi yang akan semakin aktif dan lasak..


Dulu aku ingat mcm payah je nak sediakan bubur pepagi.. yess mmg agak leceh penah hangus!. Then aku try buat bubur malam. Blender siap2 boh dalam 2 bekas utk lunch dan dinner and simpan dalam fridge. Setel masalah.


Ini bubur anak saya!





Resepi: Bubur nasi + ayam + brokoli + carot!


Ini bekal bubur harian sara ke rumah pengasuh. Sikit ke?!!


Hm tp inilah yang bole budak kecik tu abiskan tu pon susah!


Aku pernah terbaca, tambahan sedikit sesudu minyak akan melemakkn bubur untuk bayi yang kurang berat badannya. Aku try.. so far ok. minyak tu macam menyelerakan sikit bubur tu sbb tak bubuh perasa lain. Dan berat sara pon macam ada peningkatan..


kadang aku pening pk nak bubuh ape dalam bubur anak. Last2 mix and match je mana yang ade kat peti ais.




bubur+ikan bilis+kentang


bubur+ayam+kentang+brokoli


bubur+ayam+carot+brokoli


bubur+ayam+labu


bubur+ikan+calery+kentang


bubur+ayam+carot


dan beberapa lagi mix and match. dan inilah hasilnyer..


.


.


.


.










p/s: hari ni sara makan nestum je sbb gas abis tetiba! ayark~






Ceritera Susu

Aku rase nak cerita pasal susu. Susu aku hahaha.. 


Aku rase ramai ibu² yang berjaya breasfeeding smpi 2 tahun mengamalkan simpanan stok susu yang banyak untuk bayi mereka. Tp aku lain plak.. bak kata pepatah kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang.. Aku perah hari ni tuk esok. perah esok tuk lusa. dan seterusnya..


Aku tak simpan stok susu langsung. Frozen atau Fresh.


Sebab?!!!
.


.


.


Hm sbb susu aku mmg cukup2 je utk bekal sara. 12oz per day.


So aku just stanbykan 4 botol x 3oz kadang 3 jek berjumlah = 12oz.


Malam bantai direct je la.. huhu.. stail anak aku minum kejap2 tp nak byk kali.. patah pinggang mak nak oii!! dan terbaru bile time nenen tangan lagi satu amatlah suka menjalar+memicit+mencubit mana2 area yang dirasakan sesuai... adoii laaaa!!!


tu blom sesi tarik menarik lagi..*lu pk la sendiri* hehehe...




- TIADA GAMBAR YANG DIRASAKAN SESUAI UNTUK ENTRY INI. HARAP MAKLUM -




Monday, December 21, 2009

sara di geget?

kesian anak ibu..


mula-mula blk rumah aku tak perasan lagi.. mayb sebab bekas tu tak bengkak lagi. Malam tu masa sara tgh main² baru aku perasan kaki sara kene geget!!


.


.


.


.


.


ohh tidak!!





sampai bengkak bekas kne geget tu.. ishk mcm nk cubit je budak yang geget ni tp apakan daya.. budak yang geget tu pon baru 2thn.. 


lepas sapu minyak gamat baru la hilang sikit bengkak. Esoknya aku just bgtahu mengadu kt pengasuh sara tolong tengok² aktiviti anak asuh dia lg sorang tu. Jgn pasni dia geget kat pipi sudah..



Friday, October 16, 2009

Happy 6 Months old Darling!

Anak mak dh besor!! that's what i'm thingking. yep yep..

paling teruja.....................

.

.

.

Sara membesar dengan air susu mak dia!!

Alhamdulillah.. mayb hal kecik bagi org lain, tapi pada aku itu satu pencapaian sbb dh target awal2 nak bf sara. And syukur sebab still Allah murahkan rezeki air susuku.. lps ni sain kontrak tuk next 6 month plaks.. you go gurl!!


day 1
selepas beberapa jam dilahirkan..

day 3
-berkerut anak mak!

1 month
-masa xpotong ambut lagi

2 months


3 months
-dh start belajar meniarap


5 months!
-dh cuba² angkat badan/montot
-dh start makan solid ms 5bln++
-time ni suka sgt kemamm mulut!



6 months!
- dh expert meniarap, telentang, tergolek
-dh laju menge'mop' lantai
-kuat menyembur!
-suka isap sume benda smpi kuar bunyik nyoottt..nyotttttttt....
-pandai main sendiri. Ibu dgn papa xde pon xpe janji ada benda nak main/godeh/korek/mamam
*ishk ishk*



p/s: congrat kat my fren jemah. Dia deliver smlm dapat baby gurl berat 2.1kg alhamdulillah.


Wednesday, October 14, 2009

House Warming Contest | Want to win a Blog Makeover?


*first time join kontes. Achik nebes ni...*


Bismillahirrahmanirrahim...

Tak tipu! first time aku join kontes. bkn ape MALAS bebenor aku nk follow syarat² yang sarat-barat muahahaha.. Thnx to pn jiji's yang berjaya mengetuk pintu hatiku utk join kontes ni. so sapa² yang malas mcm aku.. leh la join kontes ni di alamat rumah baru beliau http://triplecolourlife.com Sonang je kan..


Syarat 1:

Jiji u better kasi I menang Blog Makeover ni kalo tak…… maka tak ter'makeover' blog aku ni!! Lgpon preeee kan sure la sume nakkk!!! haku pon nak gak. frankly speaking.. aku mmg suspek la kat ko mmg tererr mendesign² ni (ayat bodek bole ke? kuikui..). Kalu menang barulah hati berbunga riang nak hapdet blog. kalu tak dapat Blog Makeover, dapat HEADER pon dah OK!!

(ji.. sila noted!) muahahaha..


Syarat 2:

Guna imagination masing² yek tuk paham situasi diatas :P



Syarat-syaratnya:

1. Satu (1) blog entri bertajuk House Warming Contest | Want to win a Blog Makeover?

2. Kembangkan (haha!) ayat ini di dalam entri tersebut “Jiji u better kasi I menang Blog Makeover ni kalo tak……!!

3. Dialog Anis Manis kepada kepada saya.. Contoh: “Mii..jangan makan banyak, nanti gemuk lagi, cemana Abbi nak belikan seluar jeans?

House-Warming-Contest

4. Copy dan paste syarat-syarat ini di dalam entri tersebut.

5. Jangan lupa sertakan link http://triplecolourlife.com

6. (Optional) Copy paste Blog Contest Badge pada entri atau sidebar atau mana-mana la yang anda suka.

Blog-Makeover-Contest-Badge

Bila sudah siap leave a comment below to join the blog contest.

FREE head to toe, custom makeover. – 2 pemenang (Berdasarkan kepada kreativiti syarat no. 2 dan 3) FREE header. – 4 pemenang (Berdasarkan kepada kreativiti syarat no. 3)

Sagu hati -Mini Me. – 4 pemenang (Berdasarkan dari random.org )

Tarikh Tutup: JUMAAT 23 OCTOBER 2009




Wednesday, September 2, 2009

Al-kisah bulan Puasa..

Pejam celik pejam celik dah 12 hari umat Islam berpuasa. Almost 2 weeks da..*pweeeuhhh* cepatnya masa berlalu. So 2 mggu lagi la ek nk raye.. ape raye?? Owhh baju raye haku tak cari lagi.. Tp cuti ari tu sempat la aku rembat spasang bju sara. Kaler pink lagik! Muahahaha.. Tema thn ni pepel.. Harus cari bju pepel nati. Takpe2 sabar... Next week baru ble shopping sakan. Ohh lupakan pasal hal membeli-belah...

Kisah berpuasa.. thn ni posa bertiga. Chop chopp! sara tak puasa hokey. hehe.. Time memcabar skali ialah waktu nk masak & waktu berbuka. Ni kalu time papa sara duty. Anakku ni cepat bosan kalu main sendiri. Nak ade orang melayan dia. Kalu merengek sikit2 aku bole buat tak dgr lagi.. pastu makin kerap plak dia jerit2 sambil menyembamkan muke ke tilam.. dan aku terpaksa la tinggalkan kejap periuk belanga. Penah aku cube masak sambil dukung dia. Akibatnyer..............

aku tersiku botol sos dan jatuh berderai..

@dushhhhh.........


So far kalu papa sara ade, ok la sikit. Aku masak dgn lancar. Aku kalu bole nak masak je hari2. tak berkenan btol beli kat bazar ramadhan. kadang rasa pon ntah pape. Beli kueh TAWAR plak tu. yelah kes takde gule kan skrg.. Hamp@gasss btol!!

Ok nak citer pasal BF plak.

Ni hasil smlm utk 2 kali sesi = 9.5oz


Alhamdulillah setakat ni cukup lagi susu bekalan sara. Walaupon stok frozen tak topup2 lg. tp still bole bagi fresh hari2. Hm aku gundah gulana sebab sara minum sikit sgt just 2 botol (3oz X 2=6oz). Aku selalu bagi 3oz X 4botol tp selalu luak 2 botol je. Makanye sara cam susut sikit. Pengasuh kata sbb dia nk ringankan bdn. dia dh start angkat2 montot. ermm mungkin kot..

terkini: sesi pump pagi ni aku dpt 7oz *kembang idung*

Walaupon dgn pump yang uzur :)

.


.


Aventku dh semakin nazak. star valve dh terkoyak teruk. Dlm 15 minit sesi pump bole dikatakan lbh 10 kali valve ni melompat2. Haihh *lap peluh*.. Setiap kali melompat kne betulkan blk. terpaksa la aku jolok tgn aku dlm tu betulkan blk. Potong mood btol petah lagi time susu tgh mencurah kuar.. tp bole gak dpt 7oz pagi ni. syukur Alhamdulillah..

ku sdg menantikan S3.. patut hari ni sampai. Owhhh.. *air liur meleleh* Opss batal posaaaa oiii......

Thnks to kak Haza. Sila lihat di http://www.srisuri.com/store/. dgn skim kutunya dapatlah aku merasa guna S3 ni. kalu nk bayo cash mmg la tak mampu.


Everything I do, I do it for u mydarling..





P/s: x sah xde gambo budak kenit ni.

Monday, August 17, 2009

JOM Mas@k²!


Char Kuew Tiaw (berkuah)


Resepi ni cincai je.
aku mmg suka makan char kuew tiaw.
Dulu masa duk kl jenuh la cari yg sedap.
Skrg duk lumut mmg byk yang sedap.
tp lately dh malas nk beli. baik aku try masak sendiri.
First time buat masin. Sbb aku guna kicap cair huahuahuaa..
sape yg tak idea nak masak malam ni bole le cuba.

Bahan:

Lada kering+bawang merah+bwg putih (blendar)
isi ayam
fishball
udang/sotong
tomato
sawi/kucai
daun sup
telur
sos tiram
kicap jalen
garam+gula+pak aji
Kuew Tiaw

Cara2nya ye puan2..

- tuang bahan yang dikisar
- campak ayam+fishball+sotong+udang
- masuk air sikit pastu boh sos tiram+kicap sesedap rasa
- campak sawi+tomato
- pastu boh la garam+gula+pak aji ikut suka
-adjust kuah nk byk ke sikit.
- pecahkan telur Atnn: Gaul telur sampi hancur.
- last skali masukkan kuew tiaw.
-jgn lemama nati kembang semangkuk. gaul sikit2 trus tutup.
extra sedap: tabur daun sup+bwg goreng+perah limau.


Sonang je. campak2 dh siap. nati aku update plak cara nak msak bihun kungfu!
pastu rendang...sayur lodeh.. ayam masak merah.. blaa..blaa blaaa...

*oiii blog masak2 ke ape nih?!* hehe...



Wednesday, August 12, 2009

Anak Ibu dah Botak!


comel tak kita botak?

My darling Qaisara dh almost 4 months this week. Dah besar ek, ku rskan kejap je masa berlalu. Lagi besar lagi memacam ragam anak yek. sekarang sara dh mula kegiatan isap mengisap. sume benda nk masuk mulut. tangan. baju. bahu papa dia. tangan ibu..

Lagi satu kegiatan dia suke benor mencakar muke. Esspecially time mamai nk tido. start la tangan dia menjalar duk garu muka, dahi, tarik rambut. Penah smpi berdarah ubun2 dia. Ishkk! Tu la sbb nya ibu botakkan sara semula. Lagipon skrg ni musim panas dgn rambut sara yg ala² pokok kelapa tu.. ishkk rimas ku tengok. Ni da botak haa kemas sket anak ibu. hehe..

Nak citer pasal BS sara sbnrnya (lari tajuk). Sejak² ni sesi amik sara dr BS paling lemah aku nak lalui. Sebabnya BS sara ni agak cerewet la. Org kata bgus la sbb dia jaga anak elok kalu cerewet. tp tu la ada benda aku suke tp ada benda gak aku tak nk suka n xnk ikut. Setiap kali amik sara MESTI kene sepatah 2 kata dr dia. Berjiran plak tu. patutnya aku yang komen dia jaga sara. Ni dia yang komen aku. IShkk ishkk..

Mula² dulu psal puting susu sara. Bln lps sara tak nak sgt menyusu EBM. Aku belikan sara puting orthodontic NUK sbb nak samakan flow dgn BM tp dia sesuka tuka puting Fiffy saiz L. katanya lagi byk sara minum. Iyelahh makcik, dh lubang besOr. mana tak laju susu tu masuk mulut dia. tp lps 3-4 hari aku tuka balik dgn NUK. Lantak la..

Skrg ni dia duk bising kat aku sara kuat meragam. Kurang minum EBM. so solutionnya dia suh aku bagi sara MAKAN! Ishkk lagi la.. umo dia baru 3 bln lebih da nk sumbat solid food. Aku plan lepas 6bulan baru bagi dia makan. bkn ape.. takut perut dia tak matang lagi. Minum susu pon kerap muntah apatah lagi nk digest solid food. Tp tak tahu nak explain cmner. Makcik ni persis mak aku. Tiap kali tepon mesti tnya " Noi.. ko bagi la sara makan nestum!" "erk!" tut..tut..tut... (eh eh.. xde la hehe..)

Arghhhhh!! nape la org keliling aku ni susah btol nak support EXSKLUSIF BF smpi 6 BULAN?!

Sukar sbnarnye nak teruskan penyusuan kalu tak de support kan kan.. en somi pon kurang bagi support. padahal kita ni meringankan kos beli susu. Ermm nmpaknya sendiri kene Kuat dan sentiasa Bertabah hati. Ku byk cari kekuatan di blog² ibu yang menulis experience BF journey derang. Dari situ aku kutip and develop moral support sikit-sikit lama2 jd bukit sebukor utk teruskan penyusuan ibu khas for my darling.

Layan gamba yok!




p/s: Sejak isnin lps EBM aku merundum dum dum.. selalu bwk balik riang gumbira 17-18oz min sehari. Sejak 3 ari ni aku just bwk blk dlm 15-14oz je. dah kurang 3-4oz. hati gundah gulana walaupon still cukup tuk bekal sara esok. Harus cari solution. haihh haihh!

Ya Allah murahkan la rezeki anakku. Amin!

Thursday, July 30, 2009

Wahai Cinta~

Cinta Ini Membunuhku

kau membuat ku berantakan
kau membuat ku tak karuan
kau membuat ku tak berdaya
kau menolakku acuhkan diriku

bagaimana caranya untuk
meruntuhkan kerasnya hatimu
ku sadari ku tak sempurna
ku tak seperti yang kau inginkan

reff:
kau hancurkan aku dengan sikapmu
tak sadarkah kau telah menyakitiku
lelah hati ini meyakinkanmu
cinta ini membunuhku

bagaimana caranya untuk
meruntuhkan kerasnya hatimu
ku sadari ku tak sempurna
ku tak seperti yang kau inginkan

Monday, July 27, 2009

Sara dah Pandai Apa?



Qaisara ni dah bole meniarap since umor 2 bln lbh lagi. Cume kadang sara malas nk practice lebih2.. Bile meniarap sikit je mula la take attention org tuk amek dia. sbb dia lebih suka orang agah2 dia..

Ohh anakku..


* ape pesen la rambut si sara ni. haihh!