|littleQAISARA|

Sunday, December 26, 2010

Sudah dapat yang berkenan....

Harap-harap ada la jodoh kita. Leh ronda sama-sama.

hehe..

Siapakan dia?

En Kelisa ini.


Ishk malu :P 

Saya tak mampu beli kereta baru. Ni yang mampu saya beli. harap-harap urusan saya loan dipermudahkan. Dapat la saya bawak sara bersiar2 nati. ahaks.


Monday, October 18, 2010

Weekend Mother ( Ibu hujung minggu)


Pejam celik pejam celik sudah lebih 2 minggu aku meninggalkan status 'jobless'. 2 minggu ini jugak aku berulang alik pulang untuk menjenguk sara. aku cuma ada 24 jam untuk menjadi seorang ibu. Mandikan.. suap makan.. buatkan susu.. tidurkan.. membaca buku cerita.. atau apa2 saja yg berkesempatan. Aku tak letih bahkan aku bangga sara masih tetap perlu aku bila aku ada bersama. Itu sudah cukup cukup baik..



Sempat juga aku buatkan kek tempahan dari kawan baik Cikgu Ema. Aku buatkan dia Steam Choc Cake Layer Cheese topping Choc lagi!! Sgt2 moist dan Alhamdulillah sedap dia kata. Gamba nati la aku upload..
Lagi aku mau cerita pasal tempat keje.

Hari ni Isnin sangat la serabut Account Dept. dengan kak yati (org penting) yang EL tetiba. Pn Su (org penting) datang lewat. Nadia (org penting) yang sudah tamat praktikalnya hari ni. Owh semuanya kelam kabut hari ni. 

Aku lak dapat task baru dari Pn Su. Ahaks.. masa Pn Su explain aku 'oo ok..' 'ooo ha'aa..'

Tapi bila buat???

.
.

.
Err..

Ehmm....
Ehh?!.........

.
.

aku totaly blurrrrrrrrrrrr!! help! help!! *lap peluh*

nak kencing pn tahan taww! ahahaha..

Tast ni agak tough utk bidang terjun kuak lentang macam aku. Dr otak konon2 kreatip tuka otak kira-kira. Ohh bengong jap. Ting tong!
Hope esok mudah sikit lah.. 

so people.. you can call me -Income Auditor-

kihkihkih..


sangat!!!!!!


peluk cium untuk anakanda tercayang. Muahksss!~ :@


ohh lupe.. tahniah utk abg dan kak ipar yang selamat melahirkan baby boy. Hujung bulan baru dtg tengok :P

Tuesday, October 5, 2010

New Office

Alhamdulillah...

Tak terucap rasanya bila dapat panggilan mengatakan aku diterima bekerja. Hadiah hari jadi mungkin. Walaupun position Account Asisstant asing bagi aku, tapi insyaAllah aku akan berusaha sedaya mungkin untuk memastikan aku boleh! Janji ada usaha..

Goodnite everyone!
Akan sambung update soon... with picture of coz =)


Syawal & Hari Lahir..

Belum terlambat rasanya nak ucapkan Salam Aidilfitri pada semua umat Islam. Raya tahun ni aku tanpa suami dan sara tanpa papanya. Itu realiti yang harus aku terima perlahan-lahan. Tak mudah nak berhadapan pelbagai persoalan dan tanggapan orang. Lagi2 sedara-mara terdekat. Tapi rata2 memberi sokongan moral dan tak banyak tanya. Mungkin khuatir soalan bertalu akan menyinggung perasaan aku. Aku cuba memberi jawapan terbaik dan senyum untuk meredakan pelbagai persoalan mereka.


Pagi Syawal kami 6 beradik berkumpul dan saling bermaafan. Tahun ni aku betul2 tak dpt menahan air mata. Aku terlalu sebak bila memegang erat tangan mak dan abah. Terzahirlah kesedihan aku kerana sejak kes perpisahan aku, air mata dan tangisan sedaya upaya aku tahan dr jatuh di depan mak dan abah. Bersungguh aku menangis. Mungkin sekian lama memendam rasa.
Sehari sebelum Aidilfitri, aku dapat panggilan dari bekas suami. Mahu bercakap dgn anak katanya. Aku izinkan lagipun itu hak dia sbagai bapa. Kesian dan sayu dengan nasib sara. Hanya kenal papanya dgn suara saja. Kecil2 lagi dah ditinggalkan. Terpaksa menumpang kasih dengan atuk dan pakcik2 nya. Sabar dan tabahlah duhai anak…



tersangat la gembira sara nak pkai tudung. senyum je nenek gan atuk =)


Walaupun tanpa papanya, persediaan raya untuk sara tetap aku sempurnakan.  Aku mahu semuanya lengkap untuk dia sama seperti kanak-kanak lain. Sara sudah pandai bersalam dengan sesiapa saja. Dia seorang anak yang berani. Jarang nangis kalu di ambil atau di agah. Sesungguh inilah satu-satunya harta berharga bagiku. Moga jadi anak yang solehah ye sayang..




Potrait Syawal terbaik. everyone in position. me? single okeh! :)






Ohh Selamat Hari Lahir utk diri sendiri yang ke ehem ehemmm... sweet 17' *blushhh* =P

tau tak how aku celebrate dgn sara? aku just hug sara kuat-kuat and sama2 nyanyi lagu birthday. And she give me thousand kisses! Best celebration ever!

tetiba tertaip omputih lak.. hehe..

Ages not just number. It's show how you grow older and making this life interesting. InsyaAllah hope i have a chance to live another year.. grow older with my doter. luv u sayang!




Wednesday, August 4, 2010

Sekian lama menyepi...

Lama betul tak menulis kt sini. Sawang makin bermaharajalela huhu.. Yelah duduk kampong line Hp pun ade 2 bar je. Kalu nak berFB kne la ke cc plak. Takpe2 streamyx jalur lebar under planning..
Indahnya hidup makan tido dirumah dan menghabiskan masa melayan Sara. Hari2 dapat santap dgn masakan mak.. lepas tu desert dgn durian perhhh… *heaven!~*
Setiap saat aku mengadap karenah Sara sbb aku tak tahu bila aku terpaksa tinggalkan dia. Esok genap sebulan aku memegang title ‘JM= Janda Menganggur ’ hebat! hahaha.. Lagi hebat penganggur ni dibelikan laptop pula oleh bapanya.. untung jadi penganggur huhu..
Meskipun hidup aku sekarang ni tak seteruk mana, tp hakikatnya aku kene usahakan sesuatu utk diri aku. Dan paling penting utk sara.. Dia jadi tanggungjawab aku mulai saat ini. Nak harapkan papa dia nmpknye kebulur la anak aku.
Ada jugak aku try beberapa tmpt tp masih takde rezeki lagi. Mungkin Allah nak bagi aku rezeki lagi besar insyaAllah.. Hmm buat masa skrg, aku just buat projek kueh raye kecil-kecilan dgn akak aku. Alhamdulillah aku syukur aku masih ada hala tuju..
Menyesal ke aku berenti kerja?
Jawapanya TAK!
Ye.. mmg aku masih menggangur, tp aku tak rugi apa pun sebab masa lapang aku terisi dengan melayan keletah Sara. Gelak tawanya mengubat segala kelukaan aku. Apatah lagi lesung pipit di pipinya saling tak tumpah mcm aku.. ahakkss…
Sara diterima utk program PERMATA Negara. Tapi mak macam berat hati nak benarkan sara. Salah satu sebabnya takde orang yang PATUH utk ambil dan hantar dia ke situ. Yelah kan.. kalu aku kerja kat sini bole la jadi rutin aku hantar dan ambil sara, dgn masa abah yang tak menentu mesti susah. Mulanya aku berdegil, tp akhirnya akur sebab mereka lebih layak tentukannya.
Harap musim tengkujuh cepatlah berlalu. Dan sinarilah bumi dengan cahaya matahari yang gemerlapan.
Amin!~




Friday, June 25, 2010

Lamanya sudah tak turun KL..

Last week dapat chance turun KL and spent time dengan kawan2 yang sudi melapangkan masa hang out dengan aku. Terharu aku. Rasanyer dekat 2 thn tak jumpe ejal dan yang lain last aku jumpe masa AC Meeting kat Flamingo Hotel. Ah cepatnya masa berlalu... 









Sungguh! cepat betul masa berlalu. Jemah da ada anak.. Dieb bakal naik pelamin. Ejal selalu cakap kt aku. kalu la bole ulang zaman kolej dulu hahaha... seperti ini



dan ini. bole lak duduk berselang2 tuh ahahaha... (My fav pic!)



hahaha.... zaman kering je sume!


Bile tgk balik sume gamba2 lama.. masing2 mesti akan tersenyum lebar. aku pun.. 

full of happinest and Joy!!~

.

.

.

.

Hampir 9 tahun menanam benih persahabatan, harap ianya terus kukuh berdiri diatas kepercayaan ini. Dalam keseronakkan aku jumpe mereka, dalam hati terdetik alangkah bestnyer kalu sara ada dengan ibu. Rasanya lengkaplah segalanya utk aku. *tsk*


Miss U so much darling!

Thursday, March 18, 2010

de' Sweet Corner Project!



Siap sudah! Tada!!!!







.

.

.

banner blog baking aku! PINK i likeee.... walau tak secantik mana tapi hasil perahan idea grafik aku yang hampir expired! hahaha.. 



baking is art! i likee.... hehe 
all the updet akan dikemaskini soon..


Tuesday, March 16, 2010

Seksanya Sakit gigi.. Help help!!

Dua bulan ni aku kerap ke klinik. hari tu kes chickenpox pastu sara kene bisul la. Aku ni bukan jenis saket saket. kalau demam pon makan panadol je. Tp kalu nak bersalin tu nak wat cmner kan. tak kan nak bersalin kat rumah plaks hehe..


Ni terbaru kes sakit gigi plaks. seksa betul la ek sakit gigi. nak makan tido buat kerja rumah sume tergendala gara-gara sakit melampau.. Dua2 belah geraham plak tu. Ni kes gigi dah rusak tak terus gi klinik, tunggu sakit baru gi.. ishkk tampar2 diri sendiri. Kalu sara meragam je stat la aku naik hangin.. saboo saboo... btol la orang kata, sakit gigi memang tak leh handle..


Sejak zaman sekolah hingga la ni baru nak cabut gigi balik. Gilerr lama makcik!! tu yang buat achik nebess je kalu bab gigi gigi ni. haihh.. Jumaat ni appoiment cabut gigi. Hopefully ok je la. Nasin doc cina pompuan tu cam lembut je aku tengok. Tanya orang2 yang datang kat situ pon cakap doc ni bagus, cabut gigi tak saket. Amin amin..



tgk gigi sara.. tak rosak pong.. cittt!

She's my gurl!




Sara dah genap 11 months today. OMG!!! lagi sebulan maka genaplah setahun anak daraku itu. Aku gembira sebab sara sihat thnks to my air susu. My darling susah nak demam dan kalu selsema pon tak la teruk mana. Bangga melihat anak membesar dari air susu sendiri. Yummyy kan sara??!

My anak dara makin bijak. senang je nak follow apa-apa yang kita buat. lagi2 kalu action tu menarik perhatian dia. gigi depan dah ade 4 nak masuk 5 batang. Alhamdulillah tak de demam tumbuh gigi cume teething je la. sume benda nak geget. paling gelihati bila tengok dia geget/gonggong apa2 barang utk bawa ke tmpt lain. Yelah blajan tak lagi.. tangan plak guna untuk merangkak, so mulut je la yg ade untuk bawak barang tu. hai anak.. anak.. 



Bila kita cakap bye-bye dia dh reti lambai tangan, salam pon dah reti. Bile kita suh kiss pipi dia nganga mulut abis berjerumbai air liuq! hahaha.. 

Words yang dia da paham.. bile i said where is the book: dia akan tengok or cari buku. ball? dia akan tgk ball. phone plak kalu kita ckp hello dia pon letak kat telinga and mumbling mcm orang ckp phone. kasi sikat pandai dia hala ke rambut.. fast learner betul. paling happy bile nyanyi lagu twinkle-twinkle, tangan dia akan ikut aku buat star! Good gurl!!

But still nakal2 tu ade.. pandai pegi toilet sendiri. pantang pintu toilet terbukak. macam pg td, aku naik atas kjap je ambil baju. turun2 tgk dia tak de.. ni mesti kat bilik air ni. Notty gurlllll!!! terdebar2 jantung aku.. nasib xjadi ape.. 


suka sepahkan baju!!! eee geram tol...tp sabo je la

Aku harap sgt nak tengok dia berjalan.. memapah-mapah dah laju da.. berdiri pon kdg2 tahan 2 3 saat. hm i hope for miracle sebelum dia cecah 1 year! Amin amin.. kalu dah setahun, target aku bf da tercapai yess yess.. sambung kontrak lg 6 bulan plaks hehe..




p/s: aksi duduk yang menjadi kontroversi.. hehe..





Tuesday, February 2, 2010

Berkurung di Rumah sebab...........

What is chickenpox?
Chickenpox, also known as varicella, is a very contagious disease caused by the varicella-zoster virus. It is spread easily through the air by infected people when they sneeze or cough. The disease also spreads through contact with an infected person's chickenpox blisters. Because chickenpox is very contagious, it is possible for people who have never had chickenpox nor been vaccinated against it to become infected just by being in a room with someone who has the disease. However, transient exposure is not likely to result in infection.Symptoms of chickenpox
Early symptoms may include body aches, fever, fatigue, and irritability. A rash then appears and
develops into as many as 250-500 itchy blisters over the entire body, that usually last for 5-7 days and heal with scabs. The rash may even spread into the mouth or other internal parts of the body. The illness is usually not severe, but the risk of hospitalization and death is increased among adolescents and adults. Symptoms appear between 10 and 21 days after exposure to the varicella-zoster virus. Persons who were vaccinated against chickenpox may sometimes develop chickenpox disease but the presentation is usually mild, with approximately 50 or fewer red bumps that rarely evolve to blisters.


Semalam doc dah sahkan aku terkena jangkitan Chickenpox (varicella). Berjangkit dari anak kawan office aku yang kne chickenpox. Tup tup aku pulak yang kena. Tension mmg tension tapi nak buat cmner, benda nak jadi so aku terima je la. Dapat MC 5 hari duduk kat rumah untuk berehat tp still tak boleh sbb aku tak hantar sara ke pengasuh. Takut aku bagi jangkit org lain pulak. 


Doc kata, chichenpox yang menyerang adult lagi teruk compare dgn kena time kecik². Aku akui sbb aku demam teruk sampai menggigil tak ingat. Esoknya baru aku perasan ade biji² air yang banyak kt badan aku dan ade seketul besar kt blkg badan. Arghhhhhhhh!!!!~


Hari ke 3, badan aku still rasa sakit². biji² air ni pon setiap satu rasa sakit dan gatal esspecially kat muka. Muka?!!!! tak sanggup rasanya nak tgk cermin sbb kat muka aku mcm banyak je.. lagi buat aku TENSION pada org yang bg aku penyakit niiiiiiii!!! whatever la.. doakan la aku sembuh cepat. Scar comfirm ada la kan. Ade ke tips² utk kurangkan scars yek?




p/s: hope my darling tak berjangkit walaupon risikonya amat tinggi.. *hish* bertambah TENSION!!!!

Monday, January 25, 2010

Surat buat Abah..

Assalamualaikum..


Kehadapan Abah,


Moga abah sehat hendaknya.. kami tau saat ini abah dalam perjalanan untuk berjuang ke jalan Allah. Kami relakan Abah pergi walau sayu hati bila ketiadaan Abah. 4 bulan kami akan merindui Abah disana. Doa kami sentiasa mengiringi Abah setiap masa. Jagalah kesihatan Abah disana. yang pasti.. Allah sentiasa bersama orang yang berada di jalan-NYA. 


Sayu hati bila kedengaran suara abah dicorong sana. Runtun rasanya kalu bertentang mata dengan Abah.. Ingin rasanya kukucup tangan Abah.. tp orang jauh dari Abah. Hanya kiriman doa jadi bekalan buat Abah. Ya Allah.. kau  lapangkan Perjalanan Abah, Kau Permudahkanlah urusan Abah, Kau Berkatilah Perjuangan Abah dan Kau tabahkah la hati kami disini hingga Abah kembali..


Selamat Jalan Abah.. 


Wassalam..


Peluk Cium dr Anakmu..



Thursday, January 14, 2010

Ok kE?!

Aku nk tahun 2010 jadi perubahan untuk aku lebih berusaha dan lebih maju. Korang tau tak.. aku teringin/suka/minat dgn kek/cupcake. Aku teringin nk belajar macam jenis kek lagi.

Untuk permulaan.. inilah hasilnyer..


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.





Moist Chocolat Cake & Cupcakes utk Wedding abg aku. Ok ke?