Pagi Syawal kami 6 beradik berkumpul dan saling bermaafan. Tahun ni aku betul2 tak dpt menahan air mata. Aku terlalu sebak bila memegang erat tangan mak dan abah. Terzahirlah kesedihan aku kerana sejak kes perpisahan aku, air mata dan tangisan sedaya upaya aku tahan dr jatuh di depan mak dan abah. Bersungguh aku menangis. Mungkin sekian lama memendam rasa.
Sehari sebelum Aidilfitri, aku dapat panggilan dari bekas suami. Mahu bercakap dgn anak katanya. Aku izinkan lagipun itu hak dia sbagai bapa. Kesian dan sayu dengan nasib sara. Hanya kenal papanya dgn suara saja. Kecil2 lagi dah ditinggalkan. Terpaksa menumpang kasih dengan atuk dan pakcik2 nya. Sabar dan tabahlah duhai anak…
tersangat la gembira sara nak pkai tudung. senyum je nenek gan atuk =)
Walaupun tanpa papanya, persediaan raya untuk sara tetap aku sempurnakan. Aku mahu semuanya lengkap untuk dia sama seperti kanak-kanak lain. Sara sudah pandai bersalam dengan sesiapa saja. Dia seorang anak yang berani. Jarang nangis kalu di ambil atau di agah. Sesungguh inilah satu-satunya harta berharga bagiku. Moga jadi anak yang solehah ye sayang..
Potrait Syawal terbaik. everyone in position. me? single okeh! :)
Ohh Selamat Hari Lahir utk diri sendiri yang ke ehem ehemmm... sweet 17' *blushhh* =P
tau tak how aku celebrate dgn sara? aku just hug sara kuat-kuat and sama2 nyanyi lagu birthday. And she give me thousand kisses! Best celebration ever!
tetiba tertaip omputih lak.. hehe..
Ages not just number. It's show how you grow older and making this life interesting. InsyaAllah hope i have a chance to live another year.. grow older with my doter. luv u sayang!
1 comment:
teringat kat famili ngn umah kau. and air yg sgt sssseejuukkkk.. hehe.
Post a Comment