|littleQAISARA|

Showing posts with label Kisah Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kisah Kerja. Show all posts

Monday, September 12, 2011

Sejuk di dalam, Panas di luar...


 
 
 




 Ini lah lokasi tempat keje baru aku. kerja aku tak la susah mana (tak sampai part susah lagi :P). Dalam kabin je office ni. Kalau kapal masuk barulah datang busy dia. Tengok macam mana nati. Tapi hopefully aku boleh kerja elok2 kat sini. 

Cume tak bestnyer kalau time hujan abis kete comot.. :|


hehe.. nak tempel gak muka kat meja sendiri. ngee!~ 

Tuesday, August 16, 2011

Rezeki Ramadhan~

Alhamdulillah...

Sesungguhnya rezeki itu anugerah dari-NYA. Aku memang ternanti-nati utk pergi dari sini. Banyak sebab yang buat aku jauh hati utk terus berada di sini. Sebab paling utama ialah jarak dari rumah ke hotel jauh dan perjalanan yang agak meletihkan. Lagi-lagi bulan puasa ni mmg kne banyak bersabar kalu tejebak dalam jammed. Kereta manual pulak tu. hm lagi la..

Cukup lah 10 bulan berada di sini. Dah macam-macam yang aku belajar. Dari bab account sampailah penyediaan makanan kat restaurant. Semua aku dah pernah rasa. Kawan-kawan kat sini semua satu kepala tp still la ada yang tak berapa. Semua tu aku bakal tinggalkan. 

Aku dapat perkerjaan yang lebih dekat dengan rumah. Lebih fleksibal dan yang penting lebih income. Harap-harap segalanya berjalan lancar di tempat baru nanti. Kerja itu mungkin lebih mencabar dari kerja skrg ni. Totaly different dengan apa yang pernah aku buat. Hidup kene mencubakan.. tak rugi cuba sebab kita takkan tahu tahap kemampuan kita.

Kita masing-masing ade target kan dalam hidup. Target aku simple. Aku nak jaga Sara, aku nak bawak dia duduk dengan aku. InsyaAllah dengan izin dan rezeki-NYA. Amin~

Monday, October 18, 2010

Weekend Mother ( Ibu hujung minggu)


Pejam celik pejam celik sudah lebih 2 minggu aku meninggalkan status 'jobless'. 2 minggu ini jugak aku berulang alik pulang untuk menjenguk sara. aku cuma ada 24 jam untuk menjadi seorang ibu. Mandikan.. suap makan.. buatkan susu.. tidurkan.. membaca buku cerita.. atau apa2 saja yg berkesempatan. Aku tak letih bahkan aku bangga sara masih tetap perlu aku bila aku ada bersama. Itu sudah cukup cukup baik..



Sempat juga aku buatkan kek tempahan dari kawan baik Cikgu Ema. Aku buatkan dia Steam Choc Cake Layer Cheese topping Choc lagi!! Sgt2 moist dan Alhamdulillah sedap dia kata. Gamba nati la aku upload..
Lagi aku mau cerita pasal tempat keje.

Hari ni Isnin sangat la serabut Account Dept. dengan kak yati (org penting) yang EL tetiba. Pn Su (org penting) datang lewat. Nadia (org penting) yang sudah tamat praktikalnya hari ni. Owh semuanya kelam kabut hari ni. 

Aku lak dapat task baru dari Pn Su. Ahaks.. masa Pn Su explain aku 'oo ok..' 'ooo ha'aa..'

Tapi bila buat???

.
.

.
Err..

Ehmm....
Ehh?!.........

.
.

aku totaly blurrrrrrrrrrrr!! help! help!! *lap peluh*

nak kencing pn tahan taww! ahahaha..

Tast ni agak tough utk bidang terjun kuak lentang macam aku. Dr otak konon2 kreatip tuka otak kira-kira. Ohh bengong jap. Ting tong!
Hope esok mudah sikit lah.. 

so people.. you can call me -Income Auditor-

kihkihkih..


sangat!!!!!!


peluk cium untuk anakanda tercayang. Muahksss!~ :@


ohh lupe.. tahniah utk abg dan kak ipar yang selamat melahirkan baby boy. Hujung bulan baru dtg tengok :P