|littleQAISARA|

Wednesday, September 26, 2012

25 September 1983


Assalamualaikum lamanya tak karang dialog.

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur sekali lagi untuk tahun yang ke 29! cuba kira cukup tak 29 batang :). 
Kena banyak muhasabah diri :)

Tiada sambutan hari jadi, tiada suprise. Ya, itu tak penting lagi untuk umur yang sebanyak ini. Harus ditimbang perkara yang lebih mendewasakan diri. Apatah lagi usia ini bakal melewati angka 30-an kelak. Kenyataan yang pasti!

Kini aku sudah berteman kembali, teman meniti usia bersma. Hah.. senyum aku memikirkan itu. Tapi aku mahu lebih dari itu. aku rindu ada kawan dalam diri aku *senyum. InsyaAllah kalau diberi rezeki oleh-Nya. Itu hadiah hari lahir yang aku tunggu-tunggu :)

Aku juga doakan diri sendiri dan kawan-kawan untuk diberi kekuatan dan keimanan untuk terus berjuang dalam hidup dan menuju matlamat utama kita di akhirat sana. Sama-samalah kita bersihkan hati dan terus cuba jadi yang terbaik. Amin!


No comments: