comel tak kita botak?
My darling Qaisara dh almost 4 months this week. Dah besar ek, ku rskan kejap je masa berlalu. Lagi besar lagi memacam ragam anak yek. sekarang sara dh mula kegiatan isap mengisap. sume benda nk masuk mulut. tangan. baju. bahu papa dia. tangan ibu..
Lagi satu kegiatan dia suke benor mencakar muke. Esspecially time mamai nk tido. start la tangan dia menjalar duk garu muka, dahi, tarik rambut. Penah smpi berdarah ubun2 dia. Ishkk! Tu la sbb nya ibu botakkan sara semula. Lagipon skrg ni musim panas dgn rambut sara yg ala² pokok kelapa tu.. ishkk rimas ku tengok. Ni da botak haa kemas sket anak ibu. hehe..
Nak citer pasal BS sara sbnrnya (lari tajuk). Sejak² ni sesi amik sara dr BS paling lemah aku nak lalui. Sebabnya BS sara ni agak cerewet la. Org kata bgus la sbb dia jaga anak elok kalu cerewet. tp tu la ada benda aku suke tp ada benda gak aku tak nk suka n xnk ikut. Setiap kali amik sara MESTI kene sepatah 2 kata dr dia. Berjiran plak tu. patutnya aku yang komen dia jaga sara. Ni dia yang komen aku. IShkk ishkk..
Mula² dulu psal puting susu sara. Bln lps sara tak nak sgt menyusu EBM. Aku belikan sara puting orthodontic NUK sbb nak samakan flow dgn BM tp dia sesuka tuka puting Fiffy saiz L. katanya lagi byk sara minum. Iyelahh makcik, dh lubang besOr. mana tak laju susu tu masuk mulut dia. tp lps 3-4 hari aku tuka balik dgn NUK. Lantak la..
Skrg ni dia duk bising kat aku sara kuat meragam. Kurang minum EBM. so solutionnya dia suh aku bagi sara MAKAN! Ishkk lagi la.. umo dia baru 3 bln lebih da nk sumbat solid food. Aku plan lepas 6bulan baru bagi dia makan. bkn ape.. takut perut dia tak matang lagi. Minum susu pon kerap muntah apatah lagi nk digest solid food. Tp tak tahu nak explain cmner. Makcik ni persis mak aku. Tiap kali tepon mesti tnya " Noi.. ko bagi la sara makan nestum!" "erk!" tut..tut..tut... (eh eh.. xde la hehe..)
Arghhhhh!! nape la org keliling aku ni susah btol nak support EXSKLUSIF BF smpi 6 BULAN?!
Sukar sbnarnye nak teruskan penyusuan kalu tak de support kan kan.. en somi pon kurang bagi support. padahal kita ni meringankan kos beli susu. Ermm nmpaknya sendiri kene Kuat dan sentiasa Bertabah hati. Ku byk cari kekuatan di blog² ibu yang menulis experience BF journey derang. Dari situ aku kutip and develop moral support sikit-sikit lama2 jd bukit sebukor utk teruskan penyusuan ibu khas for my darling.
Layan gamba yok!
p/s: Sejak isnin lps EBM aku merundum dum dum.. selalu bwk balik riang gumbira 17-18oz min sehari. Sejak 3 ari ni aku just bwk blk dlm 15-14oz je. dah kurang 3-4oz. hati gundah gulana walaupon still cukup tuk bekal sara esok. Harus cari solution. haihh haihh!
Ya Allah murahkan la rezeki anakku. Amin!
1 comment:
komen²..
Post a Comment