" Ye.. susu bdn bagi jgak tp campur la dgn nestum+susu mahal bagi anak ko cepat besar.."
Realitinya pada aku mentality orang kita dah disetkan oleh penjual² susu lembu/tin yang susu 'mahal'=berkhasiat dr susu ibu yang free=tak cukup berkhasiat.
Ms dalam pantang pn da mcm² dugaan. Bile kata kerja dan nak eksklusif BF sume cam pelik. First skali derang akan tanya cukup ke susu badan ko nati? Perah? Ok ke susu yang diperah?Perah tak sama dgn hisap. Nati susu kurang. dan lain² mitos lagi.
Kebaikan Breastmilk :
~ Kolostrum merupakan ‘first food’ yang terbaik dan sempurna bagi baby. (tiada dlm mana² susu mahal)
~ Breastmilk berubah mengikut keperluan/umur baby.
~ Susu ibu berubah rasanya bergantung kepada apa yang ibunya makan.
~ Susu ibu juga akan berubah dengan cuaca/iklim. Kalu panas akan lebih byk air dan kalu sejuk akan lebih byk lemak.
~ Susu ibu mengandungi kolestrol yang tinggi penting utk membina tisu otak dan sistem saraf.
~ Mengandungi antibodi - baby akan kurang dapat penyakit.
~ Mengandungi 'hormon love'- menenangkn ibu² semasa menyusukan. (sbb tu mngantuk kalu menyusu sara haihh!)
Aku bersyukur sbb dibukakan mata dan hati utk mendapat ilmu BF ni. Mcm mana nk pump, nk pkai pump ape, nk simpan macam mana dan sumelah yang berkaitan BF. Mulanya sbb aku byk bacainfo di Ratuhati - Susu Ibu dan sumber² lain. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Bile dapat tau betapa byknya khasiat sebenar susu ibu, aku rase bersyukur sgt² dikurniakan susuyang banyak utk menyusukan sara.
Alhamdulillah Allah itu Maha Pemurah.
Aku rase kawan² yang tgh pregnant skrg ni kne la byk² cari info BF ni. Sbb betapa ruginya kalu anak kita tak disusukan dgn susu kita sendiri.
Bekalan susu utk Sara hari ni.
No comments:
Post a Comment