|littleQAISARA|

Wednesday, November 16, 2011

MotherDoter


 I love her with all my heart & soul. 

Thursday, November 3, 2011

Perihal anak dara aku yg sorang ni...


Assalamualaikum... syukur alhamdulillah masih lagi dipanjangkan usia...
Berkurun sudah blog ni tak disentuh. Jenguk pun semata nak follow blog kawan2. hehe.. Pejam celik pejam celik dah 2 bulan aku bekerja kat tempat baru. So far alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ada masa aku terlalu sibuk dengan kerja. Tapi ada masa tak sibuk aku boleh bawa sara tinggal dengan aku. 2 minggu jugak sara kat sini. Dapatlah aku jalani hidup macam ibu2 yang lain. Pagi hantar anak gi umah pengasuh. Petang amek anak, balik masak untuk anak, basuh baju anak, tidurkan anak, bwk anak jalan2... 

Ermm.. aku rindu semua benda yang aku buat untuk sara dulu...


Tapi kan!!

.

.

.






Anak aku dah besar!!

huhu... nape aku cakap macam tu? sebab sara dah petah sangat bercakap. Macam2 yang di tanyanya. Kadang aku nak jawab pun susah. Ada aje idea dia nak bercakap. Hm.. mesti rindu dia sangat2 kalau dah hantar balik kg nanti. T_T

Tapi kadang nakalnya boleh tahan gak. Tp tak la sampai tak boleh handle. Biasa la budak2.. Aku rasa aku boleh jaga sara lepas ni. Aku yakin aku boleh. Dan aku nak jaga sara terus supaya dia teman aku jalani hidup ni.. Aku tak nak miss momment dia membesar.. Moga Allah s.w.t permudahkan aku. Amin!~

Tak lupa nak wish kat semua "Selamat Hari Raya Aidiladha!" Moga pengorbanan kita semua diberkati dan mendapat tempat disisi-NYA. 

Happy Weekend Alls@!~


Monday, September 12, 2011

Sejuk di dalam, Panas di luar...


 
 
 




 Ini lah lokasi tempat keje baru aku. kerja aku tak la susah mana (tak sampai part susah lagi :P). Dalam kabin je office ni. Kalau kapal masuk barulah datang busy dia. Tengok macam mana nati. Tapi hopefully aku boleh kerja elok2 kat sini. 

Cume tak bestnyer kalau time hujan abis kete comot.. :|


hehe.. nak tempel gak muka kat meja sendiri. ngee!~ 

Friday, September 9, 2011

Salam Merdeka Raya!

                                                      
Ini budak suka main bunga api. Haippp!


Belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Raya tahun balik kampung Raya ke 2. Macam biasa la pagi2 bermaaf-maafan dengan ahli keluarga. Sesi menitiskan air mata. Saling maaf memaafkan. Lepas tu kami trus kesat air mata, singsing lengan baju terus menuju dapur la pe lagi. Kejap lagi ade marhaban dari rumah ke rumah. Just sediakan kuih raya, kek, buah-buahan dan sudah tentulah air. hehe...
Lepas settle marhaban baru la bole bersenang lenang melepak depan tv. Sara plak ikut ucu dia gi marhaban. Balik2 penuh collection dalam beg dia.. hehe... Raya ke 2 sebelum balik kampung, sempat singgah Desa Jaya jap jenguk Mak ngan Abah mertua. Kakak2 ipar sume ade.. Lagipun dah lama tak bawak sara jumpe derang. Tapi biasa la tak selalu jmpe, nangis je la kalu org amik dia. Dapat duit raya dari Tok Mat, Nek Biah, Ibu Mon, Mama Ita... :D
Then terus drive balik kampung. Yahoo sampai kampung da dekat kul 6. Jammed nak masuk Tol simpang renggam. Malamnye kami konvoi 4 kereta beraya umah Pak Mon. Ada menu nasi beriani. Wahh.. 3 x sara tambah nasi huhu... Pastu beraya umah Mak Long plak. Makan laksa penang. dah start ngamuk sara. Penat gaknya dari tengahari tadi berjalan sakan.. Lusanya kami balik semula ke Tenggaroh. 
On da way balik kami singgah Tesco. Sara bikin gempar dekat Tesco Kulai. Ahaaii malu mak! troli kecik comel tu tak sepatutnya bawak keluar dari pasar raya Tesco. Aku plak tak tahu. Masa nak turun eskelator mendatar tu, sara yg sorong troli tu. Aku tak tahu troli tu tak grip kat tayar. Mak sempat capai Sara sebab dia macam nak meluncur sekali dengan troli. Sara lepaskan troli tu. brrroooommmm.... meluncur troli tu ke bawah dengan kelajuan 20km/j! Bawah ade 1 group family. Nak kejar tak boleh, aku jerit la.... KAK!.... KAKK!... (xde respon) KAAKKKKKKKKKK!!!!!! derang toleh trus je melompat lari... hahahahaha..........
DEGANGGGGG!!! kt bwh ade sederet meja kerongsang.  Jatuh 2 3 kotak kerongsang. Alahaaiii aku da peluh..
Kene ganti 2 biji kerongsang yang agak mahal. Nasib la tak lebih RM50.. Lepas bayar cepat2 ktorg blah...hehehe.. sekian peristiwa seram lawak di hari Raya ke 4....

Enjoy gamba Raya kami...


Pak uda yang lebih2 plak..


Makteh, ibu dan Sara nak gi beraya..


Geng bujangan. Ahaiii... :) 


Yeaayy!! Merdeka Raya...  :D



 

Tuesday, August 16, 2011

Rezeki Ramadhan~

Alhamdulillah...

Sesungguhnya rezeki itu anugerah dari-NYA. Aku memang ternanti-nati utk pergi dari sini. Banyak sebab yang buat aku jauh hati utk terus berada di sini. Sebab paling utama ialah jarak dari rumah ke hotel jauh dan perjalanan yang agak meletihkan. Lagi-lagi bulan puasa ni mmg kne banyak bersabar kalu tejebak dalam jammed. Kereta manual pulak tu. hm lagi la..

Cukup lah 10 bulan berada di sini. Dah macam-macam yang aku belajar. Dari bab account sampailah penyediaan makanan kat restaurant. Semua aku dah pernah rasa. Kawan-kawan kat sini semua satu kepala tp still la ada yang tak berapa. Semua tu aku bakal tinggalkan. 

Aku dapat perkerjaan yang lebih dekat dengan rumah. Lebih fleksibal dan yang penting lebih income. Harap-harap segalanya berjalan lancar di tempat baru nanti. Kerja itu mungkin lebih mencabar dari kerja skrg ni. Totaly different dengan apa yang pernah aku buat. Hidup kene mencubakan.. tak rugi cuba sebab kita takkan tahu tahap kemampuan kita.

Kita masing-masing ade target kan dalam hidup. Target aku simple. Aku nak jaga Sara, aku nak bawak dia duduk dengan aku. InsyaAllah dengan izin dan rezeki-NYA. Amin~

Friday, June 24, 2011

Saya dan Mereka...

Lamanya tak bersiaran di sini… bukan takde cerita, tp mood menulis tak datang2…
Bulan June penuh suka duka bagi aku.. tak larat nk rungkai satu2 but still nak share sikit. Heh!

Belum terlewat utk ucap tahniah kepada pasangan kawan baik Dieb Leya dan Aliff Artifak kerana selamat menjadi pasangan bahagia pada tarikh keramat 4 June 2011. Demi memeriahkan majlis dan niat bertemu kawan2 yang sangat lama tak berjumpa, aku bercadang turun ke KL. Itu pun perancangan last minute disebabkan kerja yang tak habis2 dan masa yang terhad. Niat nak bawak sara terkubur sebab masa yang terhad dan kesihatan sara yang tak berapa elok. Jadi aku pergi sendiri saja.

Sampai di KL nasib ada kawan baik yang baik hati tlg tumpangkan & temankan aku. (Hehh..)
Kami sampai awal dari kawan2 yang lain. Minum2, makan2 dulu dan of coz take a snap! :P


Owhh… agak melebih2 dari pengantin ni hahha…


 Mr Fahmi yang sengih sorang2 wlaupun yang lain tak kesah camera.. 


 Hana dan Farah yang lama tak jmpe. Masing2 sudah cubby 


Mereka dan anak2 sekalian. Ex-CSSBian


Pengantin yang sgt gorges.. Semoga bahagia hingga akhir hayat!



Kawan-kawan yang sgt aku rindu... owh






Kami bersurai ketika hari semakin petang. Peluk cium dengan kawan2 yang ntah bila dpt jumpe lagi. Kami cadang untuk jumpe sorang lagi sahabat baik kami yang bekerja dia damansara. Yup tak rugi datang dari jauh dan sesat2 dengan fahmi. Lepas hampir sejam cari lokasi tmpt kerja dia, akhirnya kami sampai jua.














Maka lengkaplah kami iaitu Fahmi, Fiza & Ejal!




Wednesday, April 13, 2011

Warkah buat Permaisuriku

Maafkan lah ku tak bisa hidup tanpa kamu.. Yang ku ada hanyalah kamu sayang…

Selamat Hari Lahir yang ke 2 tahun wahai Qaisara (Permaisuriku..)

Disaat ibu menulis ni.. air mata ibu tak tertahan lagi. Ibu sgt gembira awk sihat, semakin bijak, dan paling penting membesar dengan sempurna. Apa yang ibu curahkan pada awk, itulah yang terbaik ibu boleh berikan. Dua tahun kehadiran awak dalam hidup ibu merupakan detik terindah yang takkan ibu lupakan.

Setiap kali ibu pandang awak.. ibu sedih sebab awak takde ayah mcm orang lain. Awk tak sempat pun nak bermanja dengan ayah mcm anak2 lain. Ibu tak boleh lakukan apa2 sebab itu kehendak ayah awak. Takpe lah sayang.. Kita redha dengan apa ketentuanNYA. Walau apa yang kita pernah lalui, ibu harap satu hari nanti awak boleh faham keadaan ibu dan ayah.

Ibu tak pernah lupe detik2 awk dilahirkan. Allah permudahkn ibu untuk melahirkan awak. Dua kali teran je awak da selamat lahir ke dunia. Ibu berikan awk nama yang cantik sekali.. Nur Irdina Qaisara. Masa tu ayah awak ada lagi. Dia lah yang sambut awak. Itulah saat terindah dalam hidup ibu. Ibu berikan awak susu yang terbaik sekali. Tapi awak hanya sempat menikmatinya setahun. Alhamdulillah rezeki awak..


Genap umur awk setahun.. ibu buatkan kek yang besar utk awak. Kita sma2 tiup lilin dan potong kek. Kita berdua aje. Ibu tak ingat mana ayah awk masa tu. Hmm cukuplah ibu ambil sekeping dua gambar utk dijadikan kenangan bila awak besar nati.

Masa umur awak setahun ni lah ibu terpaksa hntar awak supaya nenek boleh jaga awak untuk sementara waktu. Inilah keputusan paling sukar ibu pernah ambil. Meninggalkan awak seperti meninggalkan nyawa ibu sendiri. Yang paling sedih.... ibu terpaksa putuskan susu utk awk… Dan awk terpaksa minum susu botol! Maafkan ibu nakkk...

.

.

.

.

(menangis)

Sepanjang ibu tinggalkan awak, ibu menanggung rindu yang teramat sgt. Hanya Allah yang tahu perasaan seorang ibu yang terpaksa berjauhan dengan anaknya. Ibu nekad berhenti kerja supaya ibu boleh sentiasa ada untuk awak.Genap setahun jugak la awak mula bertatih berjalan. Ibu sangat gembira. Awk sudah mula menyesuaikan diri di rumah nenek. Awk bertuah sebab kasih sayang nenek dan atuk terlalu banyak utk awak. Awk anggap atuk mcm ayah awk sendiri. Awk manja dengan atuk.

Selepas tu awak mula belajar bercakap. Awak anak yang bijak. Cuma kadang2 awk meragam tak tentu pasal. Ibu paham, tentu awk nk perhatian ibu. Ibu tak kisah sebab ibu pon nakkan perhatian awk. Ibu cume dapat jenguk awk seminggu sekali. Ibu harap rezeki ibu dimurahkan supaya nati ibu boleh bawa awk tinggal dgn ibu. InsyaAllah moga Allah permudahkan.

Umur awak bakal genap 2 thn dalam beberapa hari lagi.. bermakna genap setahun jgak ayah awk tak dtg jenguk awk. Takpe lah sayang.. ayah awk tgh ‘busy’ tu.. ibu tetap akan celebrate birthday awk. Ibu berdoa supaya awk jadi anak yang solehah. Baik akal fikiran. Baik akhlak. Diberikan kesihatan dan dipanjangkan umur. Menjadi anak yang beramal pd Allah swt dan Berjaya di dunia dan akhirat.

Ingat…..

Ibu sayangkan awk Nur Irdina Qaisara. Kasih sayang ibu seluas laut dan setinggi gunung. Moga hati kita dikuatkan utk hadapi hari mendatang.

End.

Friday, March 4, 2011

Ohh Hidup ini....

Aku kini dengan rasminyer telah bepindah ke rumah sewa.


Alhamdulillah.
Walaupun cukup2 je gaji aku nak menampung itu ini, tp aku bersyukur Allah permudahkn.
Kalu hidup kita berkat, InsyaAllah ade jalan di penghujungnya.


Bisnes kek pun berjalan gak. even tak la banyak mana tempahan tp menampung sikit sebanyak.
Dah lumrah jadi ibu tunggal, semua kene settlekan sendiri. kereta, rumah, anak...
Aku da SET dalam kepala yang aku tak bole bergantung pada sapa2. so everything aku kne plan sendiri. Terharu sbb mak abah tak putus2 bagi bantuan pada aku. Paling tak terbalas pengorbanan mereka jaga Sara. Dah la kecik2 derang jaga aku. Bila da tua derang kene tolong jaga anak aku plak. Mmg tak terbalas jasa derang pada aku dan Sara.


Ya Allah Ya Tuhanku.. Rahmatilah kedua mak abahku.


Dengan adenyer JGW4724 aku ni, mudahlah sikit urusan aku. Mudah banyak! hehe.. Rutin every weekend balik tenggaroh. pergi keje balik keje. Ulang alik pasir gudang. 


Aku setahun yang dulu sgt berbeza dengan skrg. Dulunya aku takut sgt2 nk drive. Kalu da pegang steering mesti gigil satu badan haha! Skrang da confident sikit. da drive g KL pn.. huhu. kat bukit pn da tak risau dah. Kete MANUAL okeh! hehe..


Tu la kan bila pk dari sudut yang positif, byk benda baik berlaku. i mean, bkn la menyokong penceraian. Tapi bila benda da jadi, kita kene teruskan hidup. Mungkin takdir utk kita lebih baik lepas ni. Yang lepas biarkan lah berlalu. Tapi aku tetap jadikan itu sebagai satu pengajaran hidup.


Hampir setahun kami berpisah. Selama itu jugak la papa dia tak pernah lagi jenguk Sara. Kesian kan..
Dari Sara tak pandai jalan sampai dah bole berlari skrg. Dari tak pndai cakap smpai da petah bercakap.
Takkn nak kene merayu kot baru nk dtg jenguk. Nafkah plak hmm......
Alahaii.. kalu bab ni mmg sensetif sikit *tsk


Moga Allah s.w.t dibukakan hati dia utk sedar tanggungjawab dia sbgai bapa. Dia kne cube utk berubah..






tak rutun ke hati dia tgk si kecil ni semakin comel?

Apa pun ibu tetap akan sayangkan Sara sebanyak2 kasih sayang seorg bapa boleh berikan. 



Monday, February 7, 2011

Saya dan Dia..... ♥♥♥

Tadaaaa!

.

.

.


.


.


.


.


.


.
Ohh tidak... ni abg saya :)




Ni dia buah hati saya ngeee!~


posing sket.. :P

tapi budak ni tetap satunya pinses dalam hati saya..

luv u la yayang..

Tuesday, January 25, 2011

Buah hati baru! ahakss... :P

Syukur Alhamdulillah padamu ya Allah... 

Setelah sekian lama aku menantikan buah hati baru. Akhirnya tanggal 24/01/11 tarikh aku declare dengan si dia. Ahakss.. malu plaks. Lama gak aku idamkan utk berdamping dengan dia. At last merasa jgak :P

Harap2 dia tak buat hal macam buah hati lama. Moga jodoh kami panjang. Tak saba nak kenalkan dengan semua orang. Semua orang pun tak saba nak kenal dengan buah hati baru ni. Paling penting, nak kenalkan dengan sara. Harap2 semuanya ok. Sara mesti suka!

Nanti.. aku, sara dan dia boleh la out sama2 jalan2 pusing jb. hehe.. tak saba :)

Hmm..

Korang semua nak tengok tak gamba buah hati aku?

Aii malu la plak.. hehe..

.
.

Ok la ok la..

bagi tengok sket.

.

.
.

.

.

.

.

.

.

Alaa.. gambo berdua tak amek lagi. Nati la eh!

Ahaks.. nite2