|littleQAISARA|

Wednesday, April 13, 2011

Warkah buat Permaisuriku

Maafkan lah ku tak bisa hidup tanpa kamu.. Yang ku ada hanyalah kamu sayang…

Selamat Hari Lahir yang ke 2 tahun wahai Qaisara (Permaisuriku..)

Disaat ibu menulis ni.. air mata ibu tak tertahan lagi. Ibu sgt gembira awk sihat, semakin bijak, dan paling penting membesar dengan sempurna. Apa yang ibu curahkan pada awk, itulah yang terbaik ibu boleh berikan. Dua tahun kehadiran awak dalam hidup ibu merupakan detik terindah yang takkan ibu lupakan.

Setiap kali ibu pandang awak.. ibu sedih sebab awak takde ayah mcm orang lain. Awk tak sempat pun nak bermanja dengan ayah mcm anak2 lain. Ibu tak boleh lakukan apa2 sebab itu kehendak ayah awak. Takpe lah sayang.. Kita redha dengan apa ketentuanNYA. Walau apa yang kita pernah lalui, ibu harap satu hari nanti awak boleh faham keadaan ibu dan ayah.

Ibu tak pernah lupe detik2 awk dilahirkan. Allah permudahkn ibu untuk melahirkan awak. Dua kali teran je awak da selamat lahir ke dunia. Ibu berikan awk nama yang cantik sekali.. Nur Irdina Qaisara. Masa tu ayah awak ada lagi. Dia lah yang sambut awak. Itulah saat terindah dalam hidup ibu. Ibu berikan awak susu yang terbaik sekali. Tapi awak hanya sempat menikmatinya setahun. Alhamdulillah rezeki awak..


Genap umur awk setahun.. ibu buatkan kek yang besar utk awak. Kita sma2 tiup lilin dan potong kek. Kita berdua aje. Ibu tak ingat mana ayah awk masa tu. Hmm cukuplah ibu ambil sekeping dua gambar utk dijadikan kenangan bila awak besar nati.

Masa umur awak setahun ni lah ibu terpaksa hntar awak supaya nenek boleh jaga awak untuk sementara waktu. Inilah keputusan paling sukar ibu pernah ambil. Meninggalkan awak seperti meninggalkan nyawa ibu sendiri. Yang paling sedih.... ibu terpaksa putuskan susu utk awk… Dan awk terpaksa minum susu botol! Maafkan ibu nakkk...

.

.

.

.

(menangis)

Sepanjang ibu tinggalkan awak, ibu menanggung rindu yang teramat sgt. Hanya Allah yang tahu perasaan seorang ibu yang terpaksa berjauhan dengan anaknya. Ibu nekad berhenti kerja supaya ibu boleh sentiasa ada untuk awak.Genap setahun jugak la awak mula bertatih berjalan. Ibu sangat gembira. Awk sudah mula menyesuaikan diri di rumah nenek. Awk bertuah sebab kasih sayang nenek dan atuk terlalu banyak utk awak. Awk anggap atuk mcm ayah awk sendiri. Awk manja dengan atuk.

Selepas tu awak mula belajar bercakap. Awak anak yang bijak. Cuma kadang2 awk meragam tak tentu pasal. Ibu paham, tentu awk nk perhatian ibu. Ibu tak kisah sebab ibu pon nakkan perhatian awk. Ibu cume dapat jenguk awk seminggu sekali. Ibu harap rezeki ibu dimurahkan supaya nati ibu boleh bawa awk tinggal dgn ibu. InsyaAllah moga Allah permudahkan.

Umur awak bakal genap 2 thn dalam beberapa hari lagi.. bermakna genap setahun jgak ayah awk tak dtg jenguk awk. Takpe lah sayang.. ayah awk tgh ‘busy’ tu.. ibu tetap akan celebrate birthday awk. Ibu berdoa supaya awk jadi anak yang solehah. Baik akal fikiran. Baik akhlak. Diberikan kesihatan dan dipanjangkan umur. Menjadi anak yang beramal pd Allah swt dan Berjaya di dunia dan akhirat.

Ingat…..

Ibu sayangkan awk Nur Irdina Qaisara. Kasih sayang ibu seluas laut dan setinggi gunung. Moga hati kita dikuatkan utk hadapi hari mendatang.

End.

2 comments:

Jiji said...

u are strong.. the strongest ive ever known.

Anonymous said...

sayu jek baca entri ni..
lagi2 bahagian terpaksa putus susu dan berjauhan :(