|littleQAISARA|

Wednesday, April 13, 2011

Warkah buat Permaisuriku

Maafkan lah ku tak bisa hidup tanpa kamu.. Yang ku ada hanyalah kamu sayang…

Selamat Hari Lahir yang ke 2 tahun wahai Qaisara (Permaisuriku..)

Disaat ibu menulis ni.. air mata ibu tak tertahan lagi. Ibu sgt gembira awk sihat, semakin bijak, dan paling penting membesar dengan sempurna. Apa yang ibu curahkan pada awk, itulah yang terbaik ibu boleh berikan. Dua tahun kehadiran awak dalam hidup ibu merupakan detik terindah yang takkan ibu lupakan.

Setiap kali ibu pandang awak.. ibu sedih sebab awak takde ayah mcm orang lain. Awk tak sempat pun nak bermanja dengan ayah mcm anak2 lain. Ibu tak boleh lakukan apa2 sebab itu kehendak ayah awak. Takpe lah sayang.. Kita redha dengan apa ketentuanNYA. Walau apa yang kita pernah lalui, ibu harap satu hari nanti awak boleh faham keadaan ibu dan ayah.

Ibu tak pernah lupe detik2 awk dilahirkan. Allah permudahkn ibu untuk melahirkan awak. Dua kali teran je awak da selamat lahir ke dunia. Ibu berikan awk nama yang cantik sekali.. Nur Irdina Qaisara. Masa tu ayah awak ada lagi. Dia lah yang sambut awak. Itulah saat terindah dalam hidup ibu. Ibu berikan awak susu yang terbaik sekali. Tapi awak hanya sempat menikmatinya setahun. Alhamdulillah rezeki awak..


Genap umur awk setahun.. ibu buatkan kek yang besar utk awak. Kita sma2 tiup lilin dan potong kek. Kita berdua aje. Ibu tak ingat mana ayah awk masa tu. Hmm cukuplah ibu ambil sekeping dua gambar utk dijadikan kenangan bila awak besar nati.

Masa umur awak setahun ni lah ibu terpaksa hntar awak supaya nenek boleh jaga awak untuk sementara waktu. Inilah keputusan paling sukar ibu pernah ambil. Meninggalkan awak seperti meninggalkan nyawa ibu sendiri. Yang paling sedih.... ibu terpaksa putuskan susu utk awk… Dan awk terpaksa minum susu botol! Maafkan ibu nakkk...

.

.

.

.

(menangis)

Sepanjang ibu tinggalkan awak, ibu menanggung rindu yang teramat sgt. Hanya Allah yang tahu perasaan seorang ibu yang terpaksa berjauhan dengan anaknya. Ibu nekad berhenti kerja supaya ibu boleh sentiasa ada untuk awak.Genap setahun jugak la awak mula bertatih berjalan. Ibu sangat gembira. Awk sudah mula menyesuaikan diri di rumah nenek. Awk bertuah sebab kasih sayang nenek dan atuk terlalu banyak utk awak. Awk anggap atuk mcm ayah awk sendiri. Awk manja dengan atuk.

Selepas tu awak mula belajar bercakap. Awak anak yang bijak. Cuma kadang2 awk meragam tak tentu pasal. Ibu paham, tentu awk nk perhatian ibu. Ibu tak kisah sebab ibu pon nakkan perhatian awk. Ibu cume dapat jenguk awk seminggu sekali. Ibu harap rezeki ibu dimurahkan supaya nati ibu boleh bawa awk tinggal dgn ibu. InsyaAllah moga Allah permudahkan.

Umur awak bakal genap 2 thn dalam beberapa hari lagi.. bermakna genap setahun jgak ayah awk tak dtg jenguk awk. Takpe lah sayang.. ayah awk tgh ‘busy’ tu.. ibu tetap akan celebrate birthday awk. Ibu berdoa supaya awk jadi anak yang solehah. Baik akal fikiran. Baik akhlak. Diberikan kesihatan dan dipanjangkan umur. Menjadi anak yang beramal pd Allah swt dan Berjaya di dunia dan akhirat.

Ingat…..

Ibu sayangkan awk Nur Irdina Qaisara. Kasih sayang ibu seluas laut dan setinggi gunung. Moga hati kita dikuatkan utk hadapi hari mendatang.

End.

Friday, March 4, 2011

Ohh Hidup ini....

Aku kini dengan rasminyer telah bepindah ke rumah sewa.


Alhamdulillah.
Walaupun cukup2 je gaji aku nak menampung itu ini, tp aku bersyukur Allah permudahkn.
Kalu hidup kita berkat, InsyaAllah ade jalan di penghujungnya.


Bisnes kek pun berjalan gak. even tak la banyak mana tempahan tp menampung sikit sebanyak.
Dah lumrah jadi ibu tunggal, semua kene settlekan sendiri. kereta, rumah, anak...
Aku da SET dalam kepala yang aku tak bole bergantung pada sapa2. so everything aku kne plan sendiri. Terharu sbb mak abah tak putus2 bagi bantuan pada aku. Paling tak terbalas pengorbanan mereka jaga Sara. Dah la kecik2 derang jaga aku. Bila da tua derang kene tolong jaga anak aku plak. Mmg tak terbalas jasa derang pada aku dan Sara.


Ya Allah Ya Tuhanku.. Rahmatilah kedua mak abahku.


Dengan adenyer JGW4724 aku ni, mudahlah sikit urusan aku. Mudah banyak! hehe.. Rutin every weekend balik tenggaroh. pergi keje balik keje. Ulang alik pasir gudang. 


Aku setahun yang dulu sgt berbeza dengan skrg. Dulunya aku takut sgt2 nk drive. Kalu da pegang steering mesti gigil satu badan haha! Skrang da confident sikit. da drive g KL pn.. huhu. kat bukit pn da tak risau dah. Kete MANUAL okeh! hehe..


Tu la kan bila pk dari sudut yang positif, byk benda baik berlaku. i mean, bkn la menyokong penceraian. Tapi bila benda da jadi, kita kene teruskan hidup. Mungkin takdir utk kita lebih baik lepas ni. Yang lepas biarkan lah berlalu. Tapi aku tetap jadikan itu sebagai satu pengajaran hidup.


Hampir setahun kami berpisah. Selama itu jugak la papa dia tak pernah lagi jenguk Sara. Kesian kan..
Dari Sara tak pandai jalan sampai dah bole berlari skrg. Dari tak pndai cakap smpai da petah bercakap.
Takkn nak kene merayu kot baru nk dtg jenguk. Nafkah plak hmm......
Alahaii.. kalu bab ni mmg sensetif sikit *tsk


Moga Allah s.w.t dibukakan hati dia utk sedar tanggungjawab dia sbgai bapa. Dia kne cube utk berubah..






tak rutun ke hati dia tgk si kecil ni semakin comel?

Apa pun ibu tetap akan sayangkan Sara sebanyak2 kasih sayang seorg bapa boleh berikan. 



Monday, February 7, 2011

Saya dan Dia..... ♥♥♥

Tadaaaa!

.

.

.


.


.


.


.


.


.
Ohh tidak... ni abg saya :)




Ni dia buah hati saya ngeee!~


posing sket.. :P

tapi budak ni tetap satunya pinses dalam hati saya..

luv u la yayang..

Tuesday, January 25, 2011

Buah hati baru! ahakss... :P

Syukur Alhamdulillah padamu ya Allah... 

Setelah sekian lama aku menantikan buah hati baru. Akhirnya tanggal 24/01/11 tarikh aku declare dengan si dia. Ahakss.. malu plaks. Lama gak aku idamkan utk berdamping dengan dia. At last merasa jgak :P

Harap2 dia tak buat hal macam buah hati lama. Moga jodoh kami panjang. Tak saba nak kenalkan dengan semua orang. Semua orang pun tak saba nak kenal dengan buah hati baru ni. Paling penting, nak kenalkan dengan sara. Harap2 semuanya ok. Sara mesti suka!

Nanti.. aku, sara dan dia boleh la out sama2 jalan2 pusing jb. hehe.. tak saba :)

Hmm..

Korang semua nak tengok tak gamba buah hati aku?

Aii malu la plak.. hehe..

.
.

Ok la ok la..

bagi tengok sket.

.

.
.

.

.

.

.

.

.

Alaa.. gambo berdua tak amek lagi. Nati la eh!

Ahaks.. nite2

Sunday, December 26, 2010

Sudah dapat yang berkenan....

Harap-harap ada la jodoh kita. Leh ronda sama-sama.

hehe..

Siapakan dia?

En Kelisa ini.


Ishk malu :P 

Saya tak mampu beli kereta baru. Ni yang mampu saya beli. harap-harap urusan saya loan dipermudahkan. Dapat la saya bawak sara bersiar2 nati. ahaks.