|littleQAISARA|

Wednesday, December 30, 2009

Bubur Anak Saya

Baby selepas 6 bulan wajar diberikan makanan pejal untuk menampung nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Susu saja tak cukup untuk tumbesaran bayi yang akan semakin aktif dan lasak..


Dulu aku ingat mcm payah je nak sediakan bubur pepagi.. yess mmg agak leceh penah hangus!. Then aku try buat bubur malam. Blender siap2 boh dalam 2 bekas utk lunch dan dinner and simpan dalam fridge. Setel masalah.


Ini bubur anak saya!





Resepi: Bubur nasi + ayam + brokoli + carot!


Ini bekal bubur harian sara ke rumah pengasuh. Sikit ke?!!


Hm tp inilah yang bole budak kecik tu abiskan tu pon susah!


Aku pernah terbaca, tambahan sedikit sesudu minyak akan melemakkn bubur untuk bayi yang kurang berat badannya. Aku try.. so far ok. minyak tu macam menyelerakan sikit bubur tu sbb tak bubuh perasa lain. Dan berat sara pon macam ada peningkatan..


kadang aku pening pk nak bubuh ape dalam bubur anak. Last2 mix and match je mana yang ade kat peti ais.




bubur+ikan bilis+kentang


bubur+ayam+kentang+brokoli


bubur+ayam+carot+brokoli


bubur+ayam+labu


bubur+ikan+calery+kentang


bubur+ayam+carot


dan beberapa lagi mix and match. dan inilah hasilnyer..


.


.


.


.










p/s: hari ni sara makan nestum je sbb gas abis tetiba! ayark~






Ceritera Susu

Aku rase nak cerita pasal susu. Susu aku hahaha.. 


Aku rase ramai ibu² yang berjaya breasfeeding smpi 2 tahun mengamalkan simpanan stok susu yang banyak untuk bayi mereka. Tp aku lain plak.. bak kata pepatah kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang.. Aku perah hari ni tuk esok. perah esok tuk lusa. dan seterusnya..


Aku tak simpan stok susu langsung. Frozen atau Fresh.


Sebab?!!!
.


.


.


Hm sbb susu aku mmg cukup2 je utk bekal sara. 12oz per day.


So aku just stanbykan 4 botol x 3oz kadang 3 jek berjumlah = 12oz.


Malam bantai direct je la.. huhu.. stail anak aku minum kejap2 tp nak byk kali.. patah pinggang mak nak oii!! dan terbaru bile time nenen tangan lagi satu amatlah suka menjalar+memicit+mencubit mana2 area yang dirasakan sesuai... adoii laaaa!!!


tu blom sesi tarik menarik lagi..*lu pk la sendiri* hehehe...




- TIADA GAMBAR YANG DIRASAKAN SESUAI UNTUK ENTRY INI. HARAP MAKLUM -




Monday, December 21, 2009

sara di geget?

kesian anak ibu..


mula-mula blk rumah aku tak perasan lagi.. mayb sebab bekas tu tak bengkak lagi. Malam tu masa sara tgh main² baru aku perasan kaki sara kene geget!!


.


.


.


.


.


ohh tidak!!





sampai bengkak bekas kne geget tu.. ishk mcm nk cubit je budak yang geget ni tp apakan daya.. budak yang geget tu pon baru 2thn.. 


lepas sapu minyak gamat baru la hilang sikit bengkak. Esoknya aku just bgtahu mengadu kt pengasuh sara tolong tengok² aktiviti anak asuh dia lg sorang tu. Jgn pasni dia geget kat pipi sudah..