|littleQAISARA|

Tuesday, February 10, 2009

Kenapa Ibu² patut gunakan Lampin Kain (Cloth Diaper).




















Kenapa Gunakan Lampin Kain?

Isu Kesihatan

-Lampin Pakai Buang mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya.
-Kes ruam lampin yang kian meningkat - Sebab-sebab yang ruam lampin adalah alahan, kekurangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan, dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin.
-Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah).
-Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

Isu Alam Sekitar

-Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia.
-Lampin Kain ternyata lebih mesra alam.

Kos

-Penjimatan kos dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:


-Kos bagi lampin pakai buang
Anak anda menggunakan 7 lampin pakai-buang sehari pada kos

RM0.60 setiap satuRM0.60 X 7=RM4.20 sehari
RM4.20 X 365 hari=RM1533 setahun
RM1533 X 3 =RM4599 untuk 3 tahun

-Kos menggunakan lampin kain
Untuk kemudahan anda, anda perlu menggunakan sekurang-kurangnya 12 helai, jika anda ingin mencucinya setiap hari:

Sehelai lampin : RM64
Insert (Lapisan Dalam): RM18
Jumlahnya: RM82
Beli 12 helai: 12 X RM 82 =RM984
Beli 24 helai: 24 X RM82 =RM1968 (lebih banyak lampin, lebih tahan lama kerana lambat lusuh)

Kos kekal sepanjang 3 tahun & boleh menggunakan lampin yang sama sekiranya ingin menambah keluarga.

*Masih dalam perancangan nk gune cloth diaper atau tak. Mmg nk guna tp campur diaper gak la.. (letih lak nk cuci ari² hehe..)




Info dr http://www.ratuhati.com/

No comments: