|littleQAISARA|

Monday, October 18, 2010

Weekend Mother ( Ibu hujung minggu)


Pejam celik pejam celik sudah lebih 2 minggu aku meninggalkan status 'jobless'. 2 minggu ini jugak aku berulang alik pulang untuk menjenguk sara. aku cuma ada 24 jam untuk menjadi seorang ibu. Mandikan.. suap makan.. buatkan susu.. tidurkan.. membaca buku cerita.. atau apa2 saja yg berkesempatan. Aku tak letih bahkan aku bangga sara masih tetap perlu aku bila aku ada bersama. Itu sudah cukup cukup baik..



Sempat juga aku buatkan kek tempahan dari kawan baik Cikgu Ema. Aku buatkan dia Steam Choc Cake Layer Cheese topping Choc lagi!! Sgt2 moist dan Alhamdulillah sedap dia kata. Gamba nati la aku upload..
Lagi aku mau cerita pasal tempat keje.

Hari ni Isnin sangat la serabut Account Dept. dengan kak yati (org penting) yang EL tetiba. Pn Su (org penting) datang lewat. Nadia (org penting) yang sudah tamat praktikalnya hari ni. Owh semuanya kelam kabut hari ni. 

Aku lak dapat task baru dari Pn Su. Ahaks.. masa Pn Su explain aku 'oo ok..' 'ooo ha'aa..'

Tapi bila buat???

.
.

.
Err..

Ehmm....
Ehh?!.........

.
.

aku totaly blurrrrrrrrrrrr!! help! help!! *lap peluh*

nak kencing pn tahan taww! ahahaha..

Tast ni agak tough utk bidang terjun kuak lentang macam aku. Dr otak konon2 kreatip tuka otak kira-kira. Ohh bengong jap. Ting tong!
Hope esok mudah sikit lah.. 

so people.. you can call me -Income Auditor-

kihkihkih..


sangat!!!!!!


peluk cium untuk anakanda tercayang. Muahksss!~ :@


ohh lupe.. tahniah utk abg dan kak ipar yang selamat melahirkan baby boy. Hujung bulan baru dtg tengok :P

Tuesday, October 5, 2010

New Office

Alhamdulillah...

Tak terucap rasanya bila dapat panggilan mengatakan aku diterima bekerja. Hadiah hari jadi mungkin. Walaupun position Account Asisstant asing bagi aku, tapi insyaAllah aku akan berusaha sedaya mungkin untuk memastikan aku boleh! Janji ada usaha..

Goodnite everyone!
Akan sambung update soon... with picture of coz =)


Syawal & Hari Lahir..

Belum terlambat rasanya nak ucapkan Salam Aidilfitri pada semua umat Islam. Raya tahun ni aku tanpa suami dan sara tanpa papanya. Itu realiti yang harus aku terima perlahan-lahan. Tak mudah nak berhadapan pelbagai persoalan dan tanggapan orang. Lagi2 sedara-mara terdekat. Tapi rata2 memberi sokongan moral dan tak banyak tanya. Mungkin khuatir soalan bertalu akan menyinggung perasaan aku. Aku cuba memberi jawapan terbaik dan senyum untuk meredakan pelbagai persoalan mereka.


Pagi Syawal kami 6 beradik berkumpul dan saling bermaafan. Tahun ni aku betul2 tak dpt menahan air mata. Aku terlalu sebak bila memegang erat tangan mak dan abah. Terzahirlah kesedihan aku kerana sejak kes perpisahan aku, air mata dan tangisan sedaya upaya aku tahan dr jatuh di depan mak dan abah. Bersungguh aku menangis. Mungkin sekian lama memendam rasa.
Sehari sebelum Aidilfitri, aku dapat panggilan dari bekas suami. Mahu bercakap dgn anak katanya. Aku izinkan lagipun itu hak dia sbagai bapa. Kesian dan sayu dengan nasib sara. Hanya kenal papanya dgn suara saja. Kecil2 lagi dah ditinggalkan. Terpaksa menumpang kasih dengan atuk dan pakcik2 nya. Sabar dan tabahlah duhai anak…



tersangat la gembira sara nak pkai tudung. senyum je nenek gan atuk =)


Walaupun tanpa papanya, persediaan raya untuk sara tetap aku sempurnakan.  Aku mahu semuanya lengkap untuk dia sama seperti kanak-kanak lain. Sara sudah pandai bersalam dengan sesiapa saja. Dia seorang anak yang berani. Jarang nangis kalu di ambil atau di agah. Sesungguh inilah satu-satunya harta berharga bagiku. Moga jadi anak yang solehah ye sayang..




Potrait Syawal terbaik. everyone in position. me? single okeh! :)






Ohh Selamat Hari Lahir utk diri sendiri yang ke ehem ehemmm... sweet 17' *blushhh* =P

tau tak how aku celebrate dgn sara? aku just hug sara kuat-kuat and sama2 nyanyi lagu birthday. And she give me thousand kisses! Best celebration ever!

tetiba tertaip omputih lak.. hehe..

Ages not just number. It's show how you grow older and making this life interesting. InsyaAllah hope i have a chance to live another year.. grow older with my doter. luv u sayang!