|littleQAISARA|

Monday, December 26, 2011

Biarlah...






Salam.


Aku buka bicara setelah lama menyepi. Ada sesuatu yang ingin dikongsi. Perhal yang ku fikir sulit dan mungkin sukar untuk aku temui jawapan. Walaupun sering kali aku tertanya pada hati, tapi hingga kini masih tepu terbiar tanpa jawapan.


Berkawan nampak mudah. Cuma yang membezakan dengan siapa kita berkawan yg menjadi persoalannya. Aku tak pernah memilih dengan siapa aku mahu jadikan kawan. 


Tak dinafikan kadang hati sunyi tanpa kawan. Mahu juga ada kawan yang boleh di ajak keluar makan, bawa sara berjalan-jalan. Pada mulanya kawan, tapi tanpa sedar dia menaruh rasa yang aku sendiri tiada kepastian.


Sukar. 


Ya.. sukar aku menerima dia lebih dari seorang kawan. Kerana hati aku telah meletakkan dia si sudut ruangan "kawan". Aku tak pernah memandang rendah pada dia, tapi hati ini memang tidak boleh dipaksa. Bkn kerana dia saudara baru ataupun sebab bahasa dia guna berlainan. Dia lelaki baik dan pandai ambil hati sara.


Kenyataannya, ku belum rela melepaskan status 'single' yang hampir 2 tahun aku punyai. 


Biarlah dulu.. 

1 comments:

Jiji said...

true.. being single again is a reward. Banyak kena timbang tara kalo nak start all over balik. Aku doa ko dipertemukan jodoh dengan pasangan saling melengkapi @!~

Happy New Year!