Masih tak mengantuk dengan penangan secawan nescafe. Hajatnya nak stay utk buat biskut. Biskut dah siap tapi still mata masih tak mahu lelap. Terasa mahu tulis sesuatu. Berkenan Ramadhan yg akan berlalu dan Syawal yg bakal tiba. Alhamdulillah masih dipertemukan lagi dengan 2 bulan yang mulia ini.
Tak seperti tahun lepas, aku pulun buat biskut raya. Tahun ni aku just buat ikut keperluan. Bukan untuk keuntungan. Masa tak mengizinkan. Macam tak rasa je dekat sbln dah kita berpuasa. Dah nak raya pun minggu depan. Raya ohh raya.. tahun ni kami sederhana saja. Aku lebih banyak sediakan keperluan raya untuk sara berbanding diri aku sendiri. Biar dia raya sakan. Untuk aku yang biasa2 saja. Pakai la baju2 mana yang ada.
Aku dapat sms dari kakak ipar. Katanya papa sara tak balik raya ni. Mungkin beraya dengan keluarga belah sana. Aku? Aku kisah ke? Hmm! aku dah lali... Aku rasa sara pun tak mengerti apa2. Cuma si kecil tu takkan kenal papanya selagi situasi ni berterusan. Mungkin ini yang terbaik.
Racangan Allah swt itu lebih cantik daripada rancangan manusia. Tinggal 2 hari lagi sebelum aku bakal meninggalkan Seri Malaysia. Dari sudut hati memang sayang nak tinggalkan kawan2 kat sini. Tapi aku lakukan ini demi sara. Aku kena usahakan sesuatu. Bila da nak last2 ni, macam semua org baik dengan kita kan. hehe.. siap dapat bekal nasi goreng lagi tadi dengan muka merah padam *malu! haha..
Mimpi itu indah. Tapi realiti tak seindah yang kita impikan. Dua tahun ibu dan Sara beraya sendiri, dan kini kami semakin kuat berdiri sendiri. Harap2 kekuatan itu akan terus bersama kami.. Amin :)
0 comments:
Post a Comment