|littleQAISARA|

Wednesday, April 20, 2011

Setahun Sudah Berlalu…


Satu persatu telah kuhapus
Cerita lama diantara engkau dan aku
Lelahku tersenyum.. lelahku bersandiwara
Aku ingin pergi… dan berganti hati….

Setahun Sudah Berlalu…

Masa berlalu begitu pantas. Tiada kompromi. Tidak menoleh kebelakang lagi.
Hampir genap setahun aku bersendiri. Atau lebih tepat bersatus ibu tunggal. Terlalu pantas berganti hari hingga kini April kembali. April penuh kegembiraan dan juga kedukaan bagi aku. Penuh!

Kenapa harus mengimbas kesedihan? Kepedihan?

Kerana ia berkepuk di dada. Ia berbuku di hati!

Moga ini boleh beri kelegaan bagiku. Aku tak pandai bercerita, aku tak selesa menangis di khalayak. Aku hanya mampu menulis.. Dengan harapan hati ini boleh kembali tenang.

Setahun aku menyendiri, tp dia sudah bersilih ganti. Dah nak dirikan masjid pun. Yup utk kali ke 3! Sepantas angin hati boleh berubah. Secepat kilat cinta beralih arah. Dimanakah ‘special’ nya perkahwinan buat kali ke 3? Oh lelaki adakah begitu terdesak?

Anak orang lain kau peluk.. kau sayang-sayang. Anak sendiri langsung  kau tak hirau. Memberi makan apatah lagi! Dimanakah hak seorang anak yang berbintikan ayah kandungnya sendiri. Si ayah tak ade perasaan langsung ke?!

Benci dengan sifat manusia yang tak pernah puas! Tak penah bersyukur dgn apa yang ada!

Tsk!

Minggu lepas sempat aku bertemu dengan seseorang. Dia saudara rapat sara. Kasihan melihat anak itu seperti mana aku rapuh melihat sara. Mereka senasib. Anak-anak yang tiada kasih sayang ayah. Mereka berlainan ibu tp berkongsi ayah yang sama. Dan bakal akan mempunyai adik beradik yang lain.

Ahhh… rumitnya hidup mereka.

Bila kenangkan nasib anak, aku tak lena tidur.. Macam-macam membelenggu fikiran aku. Sara sudah genap 2 tahun. Dan dia akan semakin membesar dan mula memahami. Aku takut berhadapan dengan situasi  dimana dia akan mula bertanya. Siapa? Kenapa? Mengapa? Aku tau hari itu akan tiba..

Cari pengganti?

Ohh… ada yang pernah bertnya aku sudah ada pengganti kah? Aku senyap tiada jawapan.
Aku belum bersedia untuk kearah itu. Hati aku masih bebasi kelukaan yang lalu. Biarlah hati ini aku rawat dulu hingga satu saat aku benar-benar bersedia mencari seorang ayah untuk anakanda tercinta. Aku lebih perlukan seorang ayah yang boleh menyayangi sara seperti anaknya sendiri dari mencari suami utk diri sendiri.

Sukar dicari dan mungkin tiada. Jika tertulis begitu, aku bersedia sendiri saja :)


0 comments: